Artis / Selebriti
” Punya nak fokus Adira cakap, sekali Dato’ Red datang layan corner dengan motor EX5, haha.. ” – Netizen

Video Temubual Adira Suhaimi Di Perkarangan Mahkamah Mengenai Isu Rumah Tangganya. Namun Kehadiran Dato’ Red Menaiki Motosikal Buat Ramai Terhibur. Amboi Santai Betul Dato’ Red, Relaks Jer Siap Tunjuk Peace Sambil Senyum, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik Oh Bulan telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan temubual penyanyi Adira Suhaimi di perkarangan Mahkamah pada hari ini. Kehadiran Adira bersama peguamn adalah untuk menyelesaikan isu rumahtangganya.
Sebelum ini, Adira memfailkan permohanan cerai terhadap Dato’ Red atau nama sebenarnya Adnan Abu. Kehadiran pasangan ini di mahkamah untuk mendengat keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Menerusi video itu, Adiraa diajukan pertanyaan adakah dia nekad untuk meneruskan keputasannya untuk berpisah dan Adira mengatakan keputasannya adalah sama.
Ketika menjawab bertanyaan beberapa wartawan yang hadir, kelihatan Dato’ Red baru tiba di Mahkamah dengan menaiki motosikal. Sempat Dato’ Red memberikan senyuman kepada semua wartawan dan menunjuk ‘peace‘ . Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet.
Ada yang meluahkan rasa terhibur melihat telatah Dato Red yang dikatakan sempoi melayan corner dengan motosikal yang ditungganginya. Selain itu, video kedua pula memaparkan temubual bersama Dato’ Red. Dato’ Red berkata dia mahu mempertahankan rumahtangga yang telah dibina selama 8 tahun demi keempat anak-anaknya.
Tonton video di bawah ini :
@ohbulanofficial Semoga segala urusan dipermudahkan 🤲#ohbulan #fyp #news #adirasuhaimi
@ohbulanofficial Kita doakan yang baik-baik sahaja 🤲#ohbulan #fyp #news #adirasuhaimi #datukred #datukseriadnan
Di ruangan komen, selain terhibur melihat telatah Dato’ Red menaiki motosikal, ramai peminat mendoakan semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan. Antara komen-komen warganet adalah :
” Punya nak fokus Adira cakap, sekali Dato Red datang layan corner dengan motor EX5, haha.. Tapi apa2 pun semoga urusan mereka dipermudahkan.. “
” Semoga dua2nya kuat.. Perit lalui perpisahan ni.. Betul kata Dato’ Red tu, ksian dekat anak2.. Takpe lah harap ada lah jalan penyelesaiannya.. “
” Dato red look messy, hope Dato will be Fine.. Kita tak tahu apa yang dilalui oleh Adira, apa perasaan dia.. Hanya dia dan suami je tahu masalah antara mereka. .”
” Semoga Allah permudahkan segala urusan Dato Red.. Allah tak pandang permulaan kita Allah pandang pengakhiran kita.. “
” Sempoiii ar Dato Red, datang naik motor je, hehe.. Mybe dekat sangat rumah dengan mahkamah tu.. Stay strong Dato Red.. “
” Kdg berpisah ni bkn sbb duit. Its about time. Ada tak Dato duduk dekat rumah borak2 dgn Adira and others wife.. Women cr4zy about spending time cuddle.. “
” Ini bukan dugaan, ini balasan. Fuhh susah lelaki nk salahkan diri sendiri. Tapi Dato Red, salute lah.. Semoga baik2 sahaja buat pasangan ni.. “
Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga urusan Adira dan Dato’ Red dipermudahkan. Untuk sekadar info, Adira telah mendirikan rumahtangga bersama Dato Red pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan serta dua lelaki.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ohbulanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Menyala YB Saddiq. YB betul-betul protect Bella. Takut dengar sound last tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Hari ni Amayan suppose to promote tapi Amayan dah lupa diri.. ” – Yusoff Al Qardawi
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen