Artis / Selebriti
” Precious moment, entah kenapa aku pulak yang nangis.. ” – Komen Netizen
Uyaina Arshad Muatnaik Video Reaksi Anak Sulungnya, Raja Urhan Ketika Berjumpa Adiknya Yang Baru Lahir Untuk Kali Pertama Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sweetnya Abang Urhan Ni, Touching Tengok !!
Uyaina Arshad telah pun selamat melahirkan anak keduanya secara pembedahan pada 24 Mei baru-baru ini. Uyaina dan Raja Syahiran dikurniakan seorang lagi anak lelaki dan kehadiran anak ini menambahkan lagi kemeriahan dan kegembiraan mereka sekeluarga.
Meninjau akaun Instagram Uyaina Arshad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika anak sulung Uyaina, Raja Urhan bertemu dengan adiknya ini buat kali pertama. Ketika ini Uyaina sudah pun pulang ke rumah kediamannya. Kelihatan pada awal video, Urhan berlari masuk ke bilik Uyaina.
Bibir Urhan kelihatan tersenyum lebar ketika melihat mama dan adiknya. Ketika Raja Syahiran meletakkan Urhan di atas katil, Urhan pantas sahaja mendekati dan menyentuh wajah adiknya itu. Moment Urhan mengucup dahi adiknya itu menyentuh hati warganet.

Walaupun usianya baru setahun lebih, Urhan sudah pandai mengekspresikan rasa sayangnya kepada si adik. Wajah teruja Urhan juga tidak dapat disorok. Gembira sungguh Urhan ada kawan untuk bermain selepas ini. Tentu Urhan akan menjadi abang yang baik dan pelindung kepada adiknya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Kenapa aku nangis.. time anak sendiri tak nangis pulak.. Precious moment.. kita yg melting tgok dorang jumpa first time… Moments tu… Allah.. ”
” How i wish to experience this moment too one fine day.. selamat berpantang uyaina.. sayang urhan pada adiknya tu.. ”
” Entah kenapa aku pulak sebak.. Alaaa ur so sweet la abang Urhan.. abang so happy tapi kita pulak yang tengok nangis.. kasih abang pada adik.. ”
” Aloloo pandainya dia sayang adik.. so loving brother. macam biasa la kan, kita yang bergenang air mata tengok.. ”
” Abangnya so cute.. macam biasa mak-mak kan, mesti sedih tengok moment macam ni.. can relate this feeling.. ”
” Abang Urhan so cute.. Pandai dia usap kepala adik dia, comel je.. terbaik lah abang Urhan. abang yang penyayang ni.. ”
” Too cute.. precious.. big brother copy paste mummy.. pandai lah Urhan.. kita tengok berkaca-kaca mata.. moment yang menyebakkan.. ”
Perasaan yang hanya mak-mak sahaja yang memahami apa yang Uyaina rasai ketika itu. Urhan seorang abang yang baik dan anak yang sopan. Semoga Uyaina cepat sembuh seperti sedia kala, dapat menjalani tempoh pantang dengan tenang dan semoga baby Uyaina juga membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

