Artis / Selebriti
” Power teruk, dia orang tak syok sendiri. Dua-dua pun sedap, ada lunak tersendiri.. ” – Komen Netizen
Video nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul yang disunting tanpa muzik raih perhatian warganet. Fuh tanpa muzik pun tetap power suara. Meremang dengar, dua-dua hebat..
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Vocal Core, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan duet Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul untuk Big Stage beberapa tahun yang lepas. 2 figura hebat ini bergandingan menyampaikan lagu popular Aina yang bertajuk Semalam.
Menerusi video ini, bunyi muzik yang mengiringi persembahan DS Siti dan Aina disunting dan dihilangkan. Hanya kedengaran suara sahaja tanpa iringan muzik. Suara DS Siti tidak perlu dibahaskan kerana kelunakan dan kemerduannya membuai rasa sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Pujian diberikan oleh warganet kepada DS Siti kerana DS Siti bijak mengawal pernafasan dan tidak kedengaran nafasnya walaupun lagu itu bernada tinggi. Lenggok yang sedap didengar, part nada tinggi pun tidak perlu menjerit dan kedengaran smooth sahaja.

Aina juga tidak kurang hebatnya. Vocal Aina bagus dan suaranya juga sedap didengar. Tambahan pula Aina sudah beberapa tahun memegang title sebagai vocal terbaik dalam AJL. Paduan suara DS Siti dan Aina antara duet yang terbaik dan padu suaranya. Tidak overshadow dan saling melengkapi untuk membuatkan persembahan ini menarik.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@glorynindifa Siti Nurhaliza ft. Aina Abdul tanpa musik #vocalonly #ainaabdul #sitinurhaliza #semalam
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Siti Nurhaliza tu memang power betull… xde muzik pon suara dia boleh buat feeling ada muzik doo.. “
” Tokti nyanyi memang meremang.. suara dia tu pun dah ada muzik.. tokti ada melodic.. cakap pun dah sedap dengar, apa lagi menyanyi.. “
” Tokti tetap no 1. Aina tetap queen.. dua2 penyanyi wanita terbaik msia.. dua-dua power dan ada aura tersendiri.. “
” Power teruk, dia orang tak syok sendiri.. dua-dua pun sedap, ada lunak tersendiri.. Tokti tone paling sedap.. “
” Suara siti itu sendiri adalah muzik itu yang merdu. lunak suara dato’ Siti tak siapa dapat kasi kalah.. “
” Dua-dua vocal power.. Tokti tak ada kedengaran nafas.. macam mana dia curi nafas dia.. suara siti seperti muzik itu sendiri…mmg tak terlawan.. “
” Tokti memang suara sedap, dia tak menjerit.. nafas dia panjang, sedap didengar.. Tokti living legend, Aina fresh energetic.. “

Kedua-duanya ada suara yang memukau dan keistimewaan tersendiri. Tanpa muzik dan ada muzik, tetap bersuara merdu dan tidak sumbang. Seperti komen warganet, DS Siti adalah living legend dan Aina pula queen di hati peminatnya. Semoga kedua-duanya terus maju jaya dan kerjaya masing-masing.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Vocal Core
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

