Artis / Selebriti
” Power lah Bella. Ulang-ulang tengok tetap ketawa tengok YB, kecut perut YB bila Bella bawa lori.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah memandu lori untuk misi bantuan telah mendapat pujian ramai. Reaksi YB Syed Saddiq yang speechless dan cuak buat ramai terhibur. Part minta tolong tu paling kelakar, haha..
Baru-baru ini, video pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama YB Syed Saddiq mendaki Gunung Kinabalu telah menarik perhatian ramai. Paling meraih perhatian, mereka berdua mendaki Gunung Kinabalu dengan berbaju tradisional Melayu iaitu Bella berbaju kurung, manakala Syed Saddiq memakai baju Melayu lengkap bersamping.
Terbaru, meninjau di akaun Tiktok milik stylefashionpv telah dikongsikan video yang memaparkan Bella sedang memandu sebuah lori. Menerusi video itu, Bella mengenakan pakaian baju kurung dan di sampingnya turut ada bersama adalah YB Syed Saddiq.
Difahamkan, video ini dirakam saat Bella dan YB Saddiq ingin ke Karamunting dan Batu Sapi untuk misi bantuan Bella, YB Saddiq dan Primavalet. Sekali lagi, perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum melihat Bella memandu lori.

Bukan itu sahaja, ada yang terhibur melihat reaksi YB Saddiq yang terdiam ketika Bella sedang memandu lori. Seloroh mereka, kali ini Bella telah berjaya membuat YB Saddiq tidak berleter gara-gara YB Saddiq gementar saat melihat Bella memandu lori.
Jom tonton video di bawah :
@stylefashionpv Naik gunung pakai baju kurung dah. Nie bawak lorry pakai baju kurung Primavalet pulak 😍 . BAJU KURUNG VENICE @primavalet
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Power lah Bella, kita yang tengok pun rasa kagum.. Hebatnya Bella Astillah. Kalau saya mak dia, bangganya ada anak macam dia. Jodoh terbaik untuk Bella saya doakan AMIN.. “
” Bella kecil cantik molek.. Tp dia hebat, kuat. Semua dia boleh buat. Orang yang tak reti bersyukur je yang tak hargai dia.. Hope dia jmpa jodoh yang baik.. “
” Yg kecik tu fizikal dia, tapi jiwanya sgt la besar. Versatile. Membuktikan yg dia boleh je hdup tnpa lelaki. Dia sgt mandiri.. “
” Patutlah Allah uji dia ujian yg hebat.. Sebab dia memang wanita hebat dan boleh laluinya. Lorry pun ko boleh bawa Bella oiii.. “
” Yb fikir byk kali, nak ceramah ke tak. Nyawa dlm bahaya.. Baru diam org sblah tu klu tak ada saja nak bebel ye hahahaha kan.. “
” Kali ni Bella menang.. Yb diam.. Hahahhaa mesti cuak sangat dah tu.. Btw power lah Bella.. Tak semua perempuan berani bawa lori.. “
” Ulang2 tgok tetap ktawe tgok YB.. Kecut perut YB Bella bwk lorry.. Hahaha baru YB senyap kan, kalau tak asyik bebel je dekat Bella.. “
Begitu mencuit hati melihat reaksi YB Saddiq. Part masa YB Saddig cakap perlahan-lahan dan minta tolong paling kelakar. Cuak juga YB Saddiq apabila melihat Bella boleh memandu lori. Apa-apa pun, semoga segala urusan Bella dan Syed Saddiq untuk misi bantuan mereka akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG stylefashionpv
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen

