Artis / Selebriti
” Power betul stamina Liza ni. Hebat tak pancit pun. Lagu ni susah kot.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Liza Aziz di Konsert Gegar Vaganza 11 minggu yang ke 4 raih perhatian ramai. Fuh power betul vokal dan stamina Liza ni walaupun dah berusia lebih 60 tahun. Lagu rancak dia tapau macam tu je..
Gegar Vaganza 11 telah pun memasuki minggu ke 4 semalam. Minggu ini semua peserta memberikan persembahan yang hebat dan persaingan juga sengit pada minggu ini. Liza Aziz antara peserta yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat setia Gegar Vaganza.
Meninjau entry di akaun Astro Gempak, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Liza. Untuk minggu ini, Liza membawakan lagu Sambaria yang dipopularkan oleh Fairuz Hussein. Rentak lagu ini rancak dan memerlukan Liza untuk lincah di atas pentas.
Sekali pun usia Liza telah pun melepasi 60 tahun, namun staminanya cukup membanggakan dan membuatkan ramai kagum. Tidak terdengar langsung suara Liza tercungap-cungap dan suaranya tetap maintain sahaja. Aura Liza cukup kuat dan vokalnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Berilah apa sahaja genre lagu, Liza pasti akan membawakannya dengan baik. Suara Liza jelas sebutannya dan persembahannya ini juga menghiburkan semua. Penyokong Liza di dewan juga turut sama menari dan menyanyi bersama penyanyi kesayangan mereka ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Among the greatest talent in Malaysia tat goes underrated. Love her.. Next week duet dengan kak azlina.. ini kalau nyanyi lagu Wheel On The Bus pun boleh menang award.. “
” Saya rasa kurang menyengatlh lagu Liza Aziz mlm td.. sbb tuu Dato Ramli suka bg Liza Aziz lagu medley.. mmg sesuai dgn suara Liza Aziz.. “
” Menyala idola, She is diva.. still the best from Liza Aziz.. lagu ni susah kot.. next week punya lagu lagi laa susah… Lady Marmalade.. “
” Hebat, tak pancit pun…. u are the JUARA… LIZA AZIZ… Suara macam arwah ibunya rupa macam arwah ibunya memang mantap.. “
” Power betul stamina kak Liza. Umur 61 nyanyi lagu ni, tak semput. Steady jer.. So fabulous, so amazing, so energetic.. “
” Ye susah lagu laju tapi kak liza maintain.. memang abis arwah seniwati normadiah.. cantek maniss.. tok ram tengah pikir lagu camana nak kasi hehe.. “
” Lagu susah tapi tetap hebat di pentas. langsung tak de dengar tercungap ke apa.. sebutan pun jelas.. nafas pun tak tahu lah bila dia ni bernafas.. “
Sekali pun Liza tidak berjaya mempertahankan juara mingguan, namun persembahan Liza ini memang di hati peminat. Pada minggu hadapan Liza bakal berduet bersama Azlina Aziz dan ini pastinya akan menjadi persembahan yang dinanti-nantikan oleh semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

