Artis / Selebriti
” Pilunya hati tengok Sky macam tu. Dia sangat rapat dengan mamanya.. ” – Komen Netizen
Video Sky menangis memeluk ayahnya, Ridzokumura dan Ustaz Ebit Lew ketika pengebumian arwah Akiko buat ramai sebak. Sedih sangat masa Sky tunjuk-tunjuk ke arah pusara ibunya..
Sebagaimana yang diwar-warkan oleh Ridzokumura semalam, jenazah isterinya, Akiko Okumura akan dikebumikan di tanah perkuburan USJ 21, Subang Jaya pada jam 7 pagi. Ramai rakan-rakan selebriti yang mengiringi perjalanan terakhir Akiko ini termasuk lah Ustaz Ebit Lew.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ebit Lew, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ustaz Ebit bertemu dan memberikan kata-kata semangat untuk Sky dan Ridz. Sky terlalu sedih dengan pemergian Akiko dan menangis ketika dipeluk oleh Ustaz Ebit.
Untuk Sky yang akrab dengan Akiko, ini bukan sesuatu yang mudah. Tambahan lagi esok bermulanya puasa dan tiada lagi hidangan penuh kasih sayang daripada seorang ibu. Melihat Sky menangis membuatkan hati warganet juga turut menangis. Sky menunjukkan isyarat tangan sambil bercakap dengan Ustaz Ebit.

Ridz juga cuba menenangkan Sky walaupun terpancar kesedihan di wajahnya sendiri. Tiada lagi ibu untuk Sky bermanja dan bergurau senda. Namun warganet yakin Ridz mampu untuk menjaga Sky dengan baik dan Sky akan memahami yang Allah lebih menyayangi ibunya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Skyyyyy… YaAllah kuatkn la jiwa Sky .. tenang kn hati nya ya Allah.. aamiin.. kesian sangat tengok sky macam ni.. “
” Sedihnya tengok sky kehilangan mama dia.. Allah sgt sayang mama dia. Pergi hari baik, tenang. Syurga buat Akiko.. “
” Sedihnya tengok Sky.. Berjurai airmata tengok dia.. Esok puasa.. Dah takdelaaa sahor & juadah berbuka yg sedap2 utk Sky dr ibu yg tercinta.. “
” Terima kasih utk video ini. Sy yg bkn sesiapa pd keluarga ini turut sama sayu & sedih dgn pemergian seorang wanita yg banyak berkorban utk keluarganya.. “
” Hancur hati tgk sky mcm tu.. dia sgt rapat dgn mama nya..doa kan mama ya sky..doa anak yg soleh sampai pada org tuanya.. “
” Imagine you lost your mom time nak dekat bulan puasa, nak raya. You gonna miss segala content makanan sahur yang your mom buat untuk you saban tahun selama ni. Pemergian Akiko yang tidak dijangka ni memang buat kita semua terkejut smlm.. “
” Gugur airmata aku walaupon xpenah jumpa… semoga arwah tenang di sana… Sedihnya tengok tamparan hebat untuk Sky.. “
Pilu hati semua melihat air mata Sky mengiringi pemergian Akiko. Tamparan yang hebat untuk Sky, namun Allah mengetahui yang terbaik untuk Sky. Semoga Allah mengurniakan kekuatan untuk Sky dan Sky diberikan ketenangan dan jiwa yang kuat untuk redha dengan pemergian ibu tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ebit Lew
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


