Artis / Selebriti
” Pickup line Dato’ dahsyat, takut kena tidur luar rumah pulak malam ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Rosyam menyakat Erra Fazira buat ramai terhibur. Amboi, bertubi-tubi Dato’ Rosyam bagi pickup line dekat Erra. Sampai tersipu-sipu malu Erra dibuatnya, haha..
Sebut sahaja nama pelakon Dato’ Rosyam Nor, pastinya ramai yang mengenalinya. Sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri seni, banyak drama dan filem yang dilakonkan oleh Dato’ Rosyam ini mendapat sambutan daripada para penonton sehingga ke hari ini.
Meninjau di akaun Instagram Dato’ Rosyam, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Rosyam bersama primadona filem Melayu iaitu Erra Fazira. Menerusi video itu, Dato’ Rosyam berseloroh mengatakan dalam banyak-banyak anak dara, dia ada bertemu dengan seorang ‘mak dara’ (Erra ).
Dato’ Rosyam mengimbau kenangan dengan berkata, kali terakhir berlakon bersama Erra adalah ketika mereka bergandingan dalam filem ‘ Janji Diana’. Kata Dato’ Rosyam lagi, dia dan Erra akan bergandingan kembali dalam sebuah filem yang masih tidak diberikan tajuk lagi.

Namun, sempat Dato’ Rosyam menyakat Erra dengan memberikan beberapa ayat ‘pickup line’ . Perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur mendengar usikan Dato’ Rosyam kepada Erra. Sehingga kini, video Rosyam bersama Erra menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton telatah Dato’ Rosyam menyakat Erra. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Aduh, aku je ke yang dok ulang-ulang tengok ni. Kemain kan Dato’ mengusik Erra, haha.. Jgn Dato’ takut tidur luar rumah plk mlm ni.. “
” Banyak sangat punch line nakal tu Abang Dato iamrosyam.. Kalau orang lain buat kita cakap gataiii tapi kenapa bila Abang Rosyam yang menggatai lagi bertambah macho dan seksii tuhh haha.. “
” Dengan kita sekali tersengeh tengok… Shomelllah…. Maksud saya Kak Errafazira yang shomelll.. Maintain awet muda sangat.. “
” Hahaha aku lak yg trsengeh sengeh.. Aku suka sgt Erra Fazira baik sgt2 pernah jumpa peramah humble cantik tinggi lampaii.. “
” Dah lama tak tonton filem Dato bergandingan dengan Erra . Last saya tonton Filem “JANJI DIANA”. Rindu nk tgk lakonan dato berdua lagi.. “
” Sempat eh bagi pickup line, haha.. Maria mariana 2 (jadi kakak dan adik ipar) gerak khas the movie (jadi musuh), Janji Diana, kl menjerit 1 & castello… Drama gerak khas undercover.. “
” Pickup line abang dasyat, hahahaa boleh cetus kan perang manja2 tu.. Btw comel tengok abg rosyam dan kak erra, dua2 nmpk awet muda.. “
Tersenyum malu Erra mendengar ‘pickup line’ daripada Dato’ Rosyam. Ada warganet mengusik Dato’ Rosyam akan tidur di luar rumah gara-gara menyakat Erra. Apa-apa pun, ianya hanyalah sekadar gurauan Rosyam kepada Erra yang dianggapnya sebagai seorang adik dan sahabat sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamrosyam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

