Artis / Selebriti
” Pertemuan ini merungkai segalanya dan segala emosi sudah dibuang ke tepi.. ” – DS Aliff Syukri

Pertemuan tanpa dirancang Dato’ Aliff Syukri bersama ibunya, Bonda Rozita Ibrahim buat warganet tersentuh. Bagus dan matang DS Aliff, mengalah demi ibu tersayang. Sebak tengok Dato’ salam dan cium Bonda..
Konflik yang melanda keluarga Dato’ Seri Aliff Syukri yang mana melibatkan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim, adik-adik beradik yang lain dan isterinya, Datin Shahida bersama seorang selebriti mendapat perhatian ramai. Isu hangat ini diperkatakan oleh ramai warganet.
Ramai yang melihat sisi lain DS Aliff dalam menangani isu tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan tanpa dirancang keluarga DS Aliff bersama Bonda Rozita.
Cerita DS Aliff, sejak terpalit dengan cerita sensasi yang menjadi perbualan ramai itu, dia lebih memilih untuk berdiam dan tidak berjumpa bonda Rozita. Namun Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk mereka sekeluarga. Majlis sukan di sekolah anak-anak DS Aliff dan juga sekolah adik-adiknya menemukan mereka.
Sayu melihat ketika DS Aliff bersalaman dan mengucup Bonda. Sebagai anak, tidak salah untuk mengalah kerana kasih sayang antara mereka tidak akan pernah pudar gara-gara konflik yang terjadi. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus, begitu lah juga hubungan kekeluargaan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka tengok Dato’ Aliff, sangat meratukan ibu dia.. dia sangat hargai dan hormat pada bonda.. Sebak.. Dato’ Aliff, sikap yg ni terpuji sangat. Wajar dicontohi.. “
” Aku rasa…. dato’ aliff ni dh berubah sikit…. nampak matang dia… time live hje nampak macam gila gila masuk air.. Sedih tengok dato salam bonda.. anak soleh.. “
” Blood is thicker than water.. family dorang ni mmg sangat bahagia dan harmoni. kasih syg dorang kuat sngt.. “
” Secara jujur saya ingin rungkaikan disini…. suatu ketika dulu, saya xsuka marketing dari dato… tapi makin lama kematangan beliau dan diubah dgn cara mrketing yg bagus utk dicontohi… ditambah pula dgn isteri dan anak2 yg sokong antara satu sama lain.. “
” Dah dah.. netijen nk tguk fmly ni je.. tmbh fmly yati.. ckup dah… kitorg tguk da rasa bhgia.. Alhamdulillah..suke tgk dato kri tahun ni in character n pandai control keadaan dgn dugaan yg dtg.. we luv dato kri.. “
” Sebak melihat nya. DAS dan Bonda memang sangat rapat. Suka menengok dulu2 video DAS yang selalu mengacau Bonda. Bila ada permasaalahan ni sedih rasanya kami sebagai follower Bonda. Ni dah seronok melihat hubungan kembali mesra macam dulu.. “
” Sy jrg like atau komen pd DAS tp kali ni sy nk ckp suka kematangan beliau menangani mslh keluarga.. harta paling berharga adalah keluarga… smoga bhagia selalu dato,bonda n family.. “
” Nangis tgk part salam tgn bonda. bagus Dato mengalah yg terbaik. Dato ank yg baik. th hargai bonda selagi ada. Dato x sia2kan pluang yg ada. ank menantu yg baik.. “
DS Aliff menunjukkan sikap yang baik dan semakin ramai warganet yang kagum dengan DS Aliff sekarang. Betul kata DS Aliff, keluarga adalah segala-galanya dan kasih sayangnya terhadap Bonda Rozita tidak akan pernah berkurang. Semoga sentiasa mawaddah dan aman damai keluarga DS Aliff ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen