Artis / Selebriti
” Pertama kali tengok artis yang serahkan press release sendiri pada reporter.. ” – Wartawan

Video gelagat Dato’ Siti Nurhaliza menyerahkan kertas press release sendiri kepada wartawan. Alahai humblenya Tokti, artis pertama yang buat macam ni. Dah macam cikgu tengah bagi kertas peperiksaan kat pelajar lah Tokti, hehe..
Majlis apresiasi media dan pelancaran rasmi single Sejarah bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah pun diadakan di The Roomah Publika. Ianya adalah anjuran Universal Music Malaysia dan SN Legacy Sdn Bhd. Ramai rakan media yang dijemput untuk bersama-sama dalam majlis khas DS Siti ini.
Meninjau entry di akaun Instagram Mstar Online, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat DS Siti ketika duduk bersama para wartawan. Pengurus DS Siti, Kak Rozi telah pun menyediakan kertas press release untuk semua rakan media yang bakal menemuramah DS Siti.
Setelah DS Siti duduk bersama wartawan, laju sahaja tangannya mengambil kertas press release tersebut dan menghulurkan kepada wartawan-wartawan yang ada. Tindakan oleh DS Siti ini mengejutkan para wartawan dan kata mereka ini kali pertama artis memberikan press release sendiri.
DS Siti sememangnya dikenali dengan sifatnya yang selalu merendah diri dan tidak sombong apatah lagi bersama wartawan. Jatuh bangunnya seorang Siti Nurhaliza kerana adanya wartawan yang selalu menyokong karier DS Siti. Gembira para wartawan dengan layanan yang diberikan oleh DS Siti itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah, baik sungguh Dato Siti ni.. Hati dia, akhlak dia, adab dia, aura dia, wajah dia, semuaaaa lah . semuaa yg indah2 dari dia.. “
” Sebut “Kertas Peperiksaan” pun dah sedap… cantik sopan lengkap semua… reporter2 paling happy kalau nk interview tokti.. “
” Kagum dgn Siti. Kedudukan dan kemasyhuran tak mengubah adab sopan Siti. “kertas peperiksaannnnn”…. haaa, apa lagi, jawab periksa la korang.. “
” Kalau exam mcm ni la peg.peperiksaan yg jaga, sy rela… terus dpt jawab exam.. dia ni memang betul betul sweetheart.. “
” Tengok video ni, tersenyum sendiri .. Aku rsa smua wartawan ni berebut2 nk jd wakil company msing2 utk dtg press conference Tokti.. “
” Kertas peperiksaaaaaannnnnnnn.. sebut macam tu pun dah best.. cantik orgnya cantik budi pekerti.. Susah nak cari artis macam ni.. “
” Dok ulang-ulang tengok vtt ni… humble betul tokti.. Comel lah tokti ni.. sebut kertas peperiksaan pun merdu.. “
” Akhlak dia terpuji wei dr mula dia jd pnyanyi. tkde ccat cela pn . mna ade gosip liar beliau ni dr dlu smpi skrg.. “
Bagus sungguh budi pekerti biduanita kesayangan ramai ini. Sekali pun DS Siti kini sudah bergelar Biduanita Negara tetapi DS Siti masih tetap humble seperti dulu. Sentiasa bersopan santun dan merendah diri walau dengan wartawan, peminat atau sesiapa sahaja.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar Online, Tiktok Sitizoners
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin