Artis / Selebriti
” Persembahan yang sangat luar biasa, meremang tengok. Multitalented, memang layak jadi juara.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Shiha Zikir dan Ieda Zikir di pentas final Famili Duo raih pujian ramai. Fuh meremang tengok, memang layak jadi juara. Juri pun bagi rating perfect 10 dan standing ovation. Part Shiha bersilat power betul..
Pentas Famili Duo musim ke 4 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Untuk musim ini, duo adik beradik, Shiha Zikir dan Ieda Zikir diangkat sebagai juara. Pasangan ini meraih markah tertinggi dengan kutipan markah sebanyak 82.9 % meninggalkan 2 lagi pesaing mereka.
Meninjau entry di akaun Instagram f8buzz, telah dikongsikan sedutan video persembahan Shiha dan Ieda. Untuk peringkat akhir ini, semua peserta perlu melakukan 2 persembahan bertemakan bebas dan duet berkumpulan. Percaturan Shiha dan Ieda untuk final menjadi dan ianya satu persembahan yang menghiburkan semua.
Untuk pusingan pertama, Shiha dan Ieda menampilkan kreativiti mereka dengan menggunakan lampu laser. Meriah suasana dengan gerakan lincah daripada Shiha dan Ieda itu. Bagi persembahan kedua pula, pasangan duo ini menampilkan kelainan dan menjadi srikandi di atas pentas.
Langkah silat Shiha meraih tepukan gemuruh daripada penonton. Bukan mudah untuk menghafal langkah silat dan dalam masa seminggu, Shiha berjaya melakukannya. Persembahan Shiha dan Ieda memang all out dan juri juga suka dengan kreativiti mereka berdua.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian dan mendapat pujian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Shiha i tengok semalam meremanggg sangat.. Persembahan yang sangat luar jangkaan .. MEMANG LAYAK JUARA. love sangat.. “
” Tahniah shiha persembahan dengan kakak bertenaga. best sangat tengok.. Shiha u the best, serba boleh, nyanyi, berlakon, pencak silat, pengacara semua dia boleh.. “
” Multitalented beauty plus brain.. syukur alhamdulillah tahniah shiha Ida.. meremang wehh memang patut lah juara.. “
” Tahniah ,mmg patut juara, Kami bangga srikandi.. Best btl.. Smpai trsentuh mliht persembahan dorang bradik.. “
” Selayak layaknya congras shiha zikir&ieda zikir.. Kagum giler perfomance depa.. kreatif dan bijak.. lagu pun best.. “
” Persembahan Shiha dan Ieda dapat standing ovation daripada juri tu.. dapat perfect 10 lagi.. suara padu, persembahan menarik.. “
” Shiha dengan Ieda lain dari yang lain.. Hebat kita yang tengok pun rasa meremang.. tahniah Shiha juara famili duo.. “
Persembahan yang menghiburkan dan penuh bertenaga daripada duo adik beradik ini akhirnya berjaya menyandang gelaran juara Famili Duo 4. Tahniah buat Shiha dan Ieda, segala penat lelah berhasil. Kejayaan yang pastinya akan membanggakan arwah papa dan arwah suami Ieda sekiranya mereka masih ada.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG TV3 Malaysia, Youtube Channel F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen