Connect with us

Viral

” Perkara begini pun nak dijadikan berita, tak jaga sensitiviti betul.. ” – Ibu Zara Qairina

Ibu arwah Zara Qairina, Puan Noraidah Lamat bersuara isu ada pihak yang mempertikaikan jenazah Zara tidak sama seperti yang diviralkan sebelum ini. Selama ni ibu Zara diam, akhirnya ibu Zara bersuara..  

Semasa inkues kes Zara Qairina sedang berjalan, perihal jenazah Zara yang mengalami pereputan sederhana ada diperjelaskan oleh pakar forensik. Namun demikian, jenazah Zara masih boleh dilakukan postmortem dan dapat melihat kecederaan yang ada pada tubuh Zara.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook ibu Zara, Noraidah Lamat telah dikongsikan satu petikan berita oleh satu portal bercerita mengenai jenazah Zara dan headlinenya berbunyi ‘ Jenazah alami pereputan tidak seperti diviralkan, ini pandangan mengikut syarak ‘.

Berita ini mendapat perhatian ibu Zara dan kali ini beliau bersuara setelah lama berdiam diri. Isu ini terlalu sensitif dan bagi ibu Zara sebagai seorang ibu, pasti ada terselit rasa sedih di hatinya. Banyak fitnah yang ditaburkan kepada dirinya dan Zara sejak keadilan untuk Zara dilaungkan.

Menerusi kapsyennya itu, Ibu Zara membidas tindakan portal menyalurkan berita sebegini. Zara anaknya dan dia sendiri melihat keadaan sebenar Zara ketika proses penggalian semula dilakukan. Apabila hukum sains tidak seiring dengan kehendak Allah, itu cara Allah memuliakan Zara dengan caranya tersendiri.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Sy fhm puan maksud puan keadaan jenazah masih utuh itu.. Ikot kan pengalian semula arwah zara dh masuk hari ke 22.. Puan mesti tgk keadaan luaran shaja.. bkn dlman.. “

” Doktor pun ada ckp luaran dia masih baik dan masih blh dilakukan post mortem..yg ni dorg tak nak highlight.. yg dorg dok highlight cuma mengalami pereputan.. “

” Terus kuat ibu.Durang x fhm maksud masih mcm dlu tu bahawa masih baik² sja x la sampai begiuk ka apa maksud kita. Pandangan ibu org yg ada ketika itu bukan sama dgn penilaian seorg doktor yg lihat menyeluruh. memang aneh ada pihak sepertinya semangat lain mcm bila timbil isu sekecil ini. Sah² lari dari perjuangan utk keadilan.. “

” Klu org muslim tiada yg mustahil klu keadaan mayat masih utuh… keajaiban utk aruah masih utuh tidak trlerai dari badan… klu sains kata 3 hari kita d dlm kubur badan kita mulai hancur dn membusuk.. “

” Kalau ikut sains.. kadar pereputan arwah mmg lambat.. tu adalah kuasa Allah.. apa la yg mereka nak isukan sgt.. percaya la pada KUASA ALLAH.. tak susah pun.. “

” Betul tu. Tak payah duk sibuk dengan keadaan jenazah orang. Diri sendiri tak tahu lagi macam mana nanti. Risau baru masuk sekejap dah hancur. Skrg ni yg kita nak tahu cuma apa yang terjadi masa tu dan siapa pesalahnya.. “

” Kenapa jua mau dibesar2kan hal mcmani, langsung nada perasaan sensitiviti dgn keluarga arwah. Semoga ibu Zara terus tabah dan kuat ya.. kami sentiasa mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga keadilan dapat di tegakkan untuk arwah zara qairina.. Aamin Ya Rabbal alamin.. “

Isu yang tidak sepatutnya dipersoalkan dan ibu Zara lebih mengetahui keadaan jenazah Zara kerana dia melihat dengan matanya sendiri. Luaran yang sempurna dan tidak ada perubahan sebagaimana yang sepatutnya mengikut hukum sains. Apa-apa pun, semoga ibu Zara terus kuat dalam menempuhi pelbagai dugaan selagi keadilan untuk Zara tidak berjaya diperolehi.

Silakan SHARE..

Sumber : FB Noie Aida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Glas2glow

Trending

Copyright © Berita Kopak