Artis / Selebriti
” Perempuan lain kau nak marah boleh. Kalau Nabila, kau tak boleh marah.. ” – Sharnaaz Ahmad
Video Pengakuan Sharnaaz Ahmad Mengenai Amaran Kepada Kekasihnya Berkaitan Noornabila Raih Perhatian Ramai. Memang Padu Ayat Sharnaaz !!
Menerusi akaun Instagram Officialhlive, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temuramah wartawan bersama Sharnaaz Ahmad. Ianya berlangsung ketika pelancaran salah satu produk baju raya yang menampilkan Sharnaaz sebagai dutanya.
Menerusi video ini, Sharnaaz bercerita mengenai ayat yang selalu dimaklumkan kepada sesiapa sahaja wanita yang ingin berkawan dan mendampinginya iaitu ‘ amaran ‘ Sharnaaz berkait dengan mantan isterinya, Noornabila. Tidak kira lah Amelia atau sesiapa sahaja kekasih-kekasih sebelum ini, penyataan Sharnaaz tetap sama.
Tiada sesiapa pun boleh memarahi Nabila dan cemburu hubungan baik yang terjalin antara Sharnaaz dan Nabila. Kata Sharnaaz, Nabila adalah ibu kepada anaknya, Jebat Jayden dan mereka memang akan selalu berhubung dan berjumpa demi untuk Jebat.

Amarannya kedengaran agak lantang tetapi dari sisi baiknya, Sharnaaz benar-benar meletakkan Nabila pada tempat paling atas dan insan penting dalam hidupnya dan anak mereka. Betul kata Sharnaaz, kalau ada rasa cemburu pada Noornabila, akan membawa masalah untuk Sharnaaz mentadbir keluarga.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ni win sangat-sangat. Kahwin dgn duda meaning that you kena terima his past n anak2 dia. Tapi kalau nak cemburu n meroyan dapat tau your husband contact ex wife sbb hal anak2 susah lah.. ”
” Anak-anak jadi mangsa. Good Sharnaz ajar Jebat tak benci mak dia. Untung Jebat ada mak ayah yg jaga dia dgn baik.. ”
” Betul lah ni ramai tak leh terima adoi … kira bagus lah dia buat mcm tu nak terima dia kene terima sekali anak dan jgk ex wife.. ”
” Yes.. sharnazz ni bagus sbb dia protect nabila dari anasir org luar.. sifat tu bagus.. setengah ex siap burukkan ex dia kt bini/gf baru tau.. ”
” Kahwin balik jela dengan Nabila Sharnaaz. Ramai tau berharap korang get back semula. paling seronok tengok bila korang bertiga semula.. ”
” Apa yg dia ckp memang betul lah… Risiko nah kahwin dgn duda atau janda yg ada anak mesti tahan mental fizikal.. Bila kau dah biasa terima semua tu… Semua akan ok jer.. ”
” BIJAK. Ni tidak.. ‘kebanyakkan’ orang baru disanjung sanjung-sanjung. reality kehidupan. Lpstu nafkah anak terabai dan sebagainya anak jadi mangsa.. ”
Kenyataan yang sampai bila-bila pun tidak akan berubah. Sharnaaz membuat tindakan yang bijak dan niatnya juga baik. Menerima dirinya seadanya lebih-lebih lagi apa yang melibatkan Jebat. Seperti yang selalu Sharnaaz sebut, kebahagiaan Jebat adalah segala-galanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Officialhlive, IG Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen



