Connect with us

Artis / Selebriti

” Pengsan-pengsan pun nyanyi sedap. Meremang dari kaki sampai tengkuk, Amad memang power.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Amad mendendangkan lagu Cindai di konsert minggu ke 4 Talk To My Manager raih pujian ramai. Sedapnya tone suara Amad. Amad ada cara dan lenggoknya tersendiri. Walaupun tak sihat, tetap dapat tempat pertama minggu ini..

Sepatutnya Amad merupakan peserta pertama untuk membuat persembahan di konsert Talk To My Manager semalam tetapi satu kejadian telah pun terjadi yang menyebabkan persembahan Amad terpaksa ditunda kepada giliran baru. Ini adalah disebabkan faktor kesihatan Amad.

Pak Nil selaku host memberitahu Amad pengsan sebelum program TTMM bermula dan persembahan pembukaan digantikan dengan persembahan oleh peserta lain. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sooka Malaysia dan Melet0p, telah dikongsikan sedutan video persembahan Amad.

Amad bergandingan bersama kakaknya, Umai untuk menjayakan lagu Cindai. Lagu tradisional dendangan asal Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini bukan lah mudah untuk dinyanyikan kerana lenggok tradisional perlu ada, namun Amad dan Umai melakukannya dengan penuh bergaya.

Suara Amad yang lunak dan merdu itu tidak puas didengar. Susunan muziknya sedikit berbeza dengan lagu asal tetapi tetap sedap didengar. Barisan penari yang mengiringi persembahan Amad ini juga menambahkan lagi seri dan kemeriahan. Baka suara sedap, menyanyi lagu apa pun tetap sedap.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Alhamdulillah. Amad Dayyan & Manager Siti Saerah dinobatkan sebagai Juara minggu ke 4.. suara dua dua memang padu.. meremang dengar.. “

” Pengsan pengsan pun nyanyi sedap.. Best gilaaa.. Memang pro singers la diorg ni, family seni betul.. suara sedap harmoni, penari pun pakai cantik, performance pun tiptopTahniah Amad.. “

” Well Done Amad, Artist dan Kakak Umai, dan Manager Ibu Siti Saerah. To me, the winner for the night.. hebat ada cara tersendiri bawak lagu cindai ni.. “

” Masa gabungan suara harmony berdua.. Aduh.. sedap gilerrr.. mmg gifted adik beradik berdua ni.. Tahniah Amad amaddayyan dan Umai.. Pitch perfect Amad.. “

” Meremang dari kaki sampai tengkuk lerrr.. Amad memang power.. tahniah amadd dah buat yang trbaik mlm nii . wlaupun awk demam tpii stil enjoying a very good show…. semongaa cptt smbuhh.. “

” Sedap gila lenggok suara Amad omg. Memang boleh menyanyi Amad ni. Terbaik Amad.. Part Bertanam TEeEBuuuu tuuu, bestnyeee.. “

” Best gilaaaa.. Ulang-ulang dengar pon tak jemuuu… Go AMAD go AMAD.. Terbaik lenggok suara Amad.. Bakat yg diwarisi.. Mmg Baka suara sedap2.. “

” Rasanya selain TokTi, Amad ni boleh nyanyi lagi Cindai dan Nirmala dgn baik. Suara lenggok tu sedap dengar. Tak over. Di di dia…. Amad.. “

Walaupun keadaan kesihatan yang tidak memberangsangkan, Amad tetap bersemangat meneruskan perjuangannya dan memberikan persembahan memukau untuk semua penonton TTMM. Tahniah Amad kerana berjaya mendapat tempat pertama untuk minggu ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sooka Malaysia, IG Astro Gempak   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Vivo Y04

Trending

Copyright © Berita Kopak