Artis / Selebriti
” Pengalaman yang sangat berharga tu. Patutlah hari ni gah betul bakatnya.. ” – Komen Netizen
Ernie Zakri Kongsi Video Throwback Persembahannya Di Istana Budaya Ketika Berusia Belasan Tahun. Wah Memang Dari Dulu Lagi Menyanyi Sedap. Tapi Besar Sungguh Suara Ernie Masa Ni, Berbeza Dengan Suara Sekarang !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Ernie Zakri, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Ernie sedang membuat persembahan di Istana Budaya. Menerusi video tersebut, Ernie membawakan lagu ‘ Terlalu Istimewa’ nyanyian asal oleh arwah penyanyi Adibah Noor.
Tulis Ernie pada ruangan kapsyen mengatakan yang video persembahannya itu seingat Ernie adalah ketika usianya baru 14 tahun atau pun 15 tahun. Kongsi Ernie, dia dahulunya seorang yang sangat pemalu, namun dia mempunyai satu impian yang sangat besar. Seloroh Ernie lagi, impian tersebut sebesar suaranya dahulu.
Selain itu, pada hujung penulisan, Ernie juga memberikan kata-kata semangat kepada dirinya sendiri selepas baru sahaja mengeluarkan video lagu terbarumya bertajuk ‘Jangan Hilang Percaya’ . Perkongsian video throwback oleh Ernie itu telah menarik perhatian warganet dan para peminatnya.

Ramai yang meluahkan rasa kagum melihat persembahan Ernie dan mengatakan bakat Ernie sejak dahulu lagi begitu luar biasa. Bahkan ada juga mengatakan Ernie penyanyi yang mampu pergi jauh dalam bidang seni suara tanah air kerana memilik suara yang unik. Sehingga kini, video itu telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai video persembahan Ernie dan memuji Ernie seorang penyanyi yang sangat berbakat, ramai yang turut memberikan kata semangat kepada Ernie. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pengalaman yang sangat berharga tu. Patutlah hari ni gah betul bakatnya.. Insyaallah satu hari Ernie pasti akan berjaya, jangan rasa down ok, teruskan kuat.. “
” Akak baju merah ni, kalau dia tahu la kan. Umur dia cecah 30+ dia mendunia dekat indo & malaysia tauu. Mesti dia banga sekarang.. “
” As long as u visualize it well and you really work hard on it, walau takde seorang pun yg percaya you boleh, as long as u always believe in you, then u will achieve it. Tak kisah timing tu bila, u sangka baik pada takdir Tuhan, u confirm akan achieve it.. “
” Kita suka tengok Ernie nyanyi kat stesen2 LRT duluuu.. Program TV2 kot.. Dr situ suka n kenal nama Ernie Zakri ni.. Teruskan perjuanganmu Ernie.. “
” Teringat Ernie sewaktu di PLKN MILLENNIUM BERANANG, dengar Ernie nyanyi live depan2 dulu… bergetar jantung.. sedap suara. Menusuk kalbu.. “
” You belum gagal, teruskan perjuangan.. Suara you boleh pergi jauh beb.. Abaikan suara-suara negatif yang boleh menjatuhkan you.. You mesti kena kuat.. “
” Besar suara Ernie Shahirah ek.. Makin dewasa jd makin kurang besar tp bertambah merdu..Semoga terus berjaya dlm hidup, dunia dan akhirat Ernie.. “
Ramai yang tidak menyangka yang dahulu suara Ernie kedengaran agak ‘besar’ jika dibandingan suara Ernie sekarang. Apa-apa pun, semoga Ernie terus maju jaya dalam industri seni suara dan terus kuat serta bersemangat dalam mengejar cita-cita yang diimpikan oleh Ernie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG erniezakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


