Artis / Selebriti
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly membuat parodi menantunya, Elisya menangis ketika mendapat hadiah daripada suami buat ramai terhibur. Masuk air betul mak mertua, ayah mertua pun duk tahan gelak. Paling comel part Beatrice berlakon jadi anak Elisya, Bunga..
Semalam, pelakon Elisya Sandha telah berkongsi video yang memparkan dirinya ada menerima kejutan istimewa daripada suaminya, Uzair. Menerusi video itu, Uzair menghadiahkan seutas gelang emas kepada Elisya dan Elisya kelihatan menangis kerana terharu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Sheila Rusly yang juga merupakan ibu mertua Elisya, telah dikongsikan video Sheila dan suami, Tok Sidang serta menantu kedua mereka, Beatrice membuat parodi video Elisya menangis ketika menerima hadiah daripada Uzair.
Perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet kerana lakonon Sheila meniru gaya Elisya begitu menjadi. Bukan itu sahaja, watak Bunga yang dilakonan oleh Beatrice juga dilihat mencuit hati. Ramai yang mengatakan terhibur melihat cara Sheila menyakat anak menantunya.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Selain itu, video parodi tersebut juga mendapat respon daripada Elisya di ruangan komen. Paling kelakar tengok Tok Sidang tengah tahan ketawa, comel sungguh tiga beranak ini membuat video.
Tonton video di bawah ini :
Komen daripada Elisya :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah gelak tengok, boleh pula dia parodikan menantu dia sendiri, haha.. Menjadi lah tengok, adui memang kelakar lah.. “
” Beatrice jadi Bunga ke dalam parodi ni, hahaa cute betul tengok.. Sissssss.. Saya tahu nak gelak ke nak nangis tengok awak.. Hebat laaa lakonan.. “
” Aku ghisau tertanggal braces tu je. Satu haaaalll la pulak klinik gigi tutup hari Ahad ni, HAHAHA.. Kalau mcm ni nak saman pun tak boleh anak beranak.. “
” Hahahahahahahahaha siss, tapikan yg ni nak gelak. Yg sha punya tu memang sama2 rasa nak menangis lah, touching.. penat kita nanges dkt video elisyasandhaofficial dia boleh pulak parodi kan nya.. “
” Mula dh mcm.. Wah mak pn dpt (nk sebak dh)..Skali..Laaaaaa hahaha.. Hawau tul la sis, pakat tsmbuq keluaq maggi ceq yg tgh kunyah ni.. “
” Ok smpi skrg ulang video ni gelak sorang sorang,’n GERAM.. Mak mertua masuk air betul lah sis ni, hahaha menjadi beb lakonan.. “
” Tok dalangggg duk tahannn gelak hahahahahahaahahahah.. Semoga dimurahkan rezeki buat tok sidang jinggo_jspictures dan uzairhaqimy69 kerana membahagiakan isteri masing2.. “
Bagi yang mengikuti Sheila mahupun Elisya pasti mengetahui yang kedua mereka sangat rapat dan ikatan mereka bukan seperti ibu mertua serta menantu, malah sudah seperti ibu dan anak kandung. Apa-apa pun, video ini hanyalah sekadar hiburan Sheila mahu menyakat Elisya dan juga anaknya, Uzair.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jpspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menantu aku handsome, anak aku cantik.. ” – Ibu Erra Fazira

