Artis / Selebriti
” Pecah peluh member, tengah jadi raja sehari kena pula tebuk ngaji, haha.. ” – Komen Netizen
Video Qawiy Aro terjah ngaji salah seorang sahabatnya yang menjadi raja sehari buat ramai terhibur. Fuh pengantin pun kena terjah juga. Mula-mula tu macam cuak juga, tapi sedap suara bacaan dia mengaji..
Nama Qawiy Aro sudah pasti ramai yang mengenalinya. Qawiy suka membuat video konten terjah ngaji Al-Quran. Antara yang sering diterjah oleh Qawiy adalah selebriti dan orang awam. Perkongsian video oleh Qawiy juga mendapat sambutan yang menggalakkan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Qawiy, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Qawiy menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Difahamkan, pengantin lelaki yang dikenali dengan nama Luqman ini adalah salah seorang rakan Qawiy yang bersama-sama belajar di Afrika.
Namun, apa yang menarik video ini adalah Qawiy juga tidak melepaskan peluang untuk menguji rakannya dengan terjah ngaji. Sebelum memulakan bacaan, Qawiy sempat menyakat Luqman dan perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan sangat menyukai dengan setiap perkongsian terjah ngaji oleh Qawiy. Selain itu, ada juga memuji bacaan pengantin tersebut. Sehingga kini, video Qawiy terjah ngaji rakannya telah menerima belasan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pecah peluh member, tengah jadi raja sehari kena pula tebuk ngaji, haha.. Nasib dia ingat bacaan.. Kalau tak ingat mesti kena dengan Qawi, haha..
” Mana bole bc quran tu. Ayaq sembahyang dh terbatal, hehe tak lah gurau je.. Selamat pengantin baharu kepada pasangan mempelai. Terbaik laa.. “
” Circle u ni hebat la hafiz al quran.. Semoga anak2 i dikelilingi orang yang baik dunia and baik ilmu akhiratnya.. Tahniah utk pengntin berdua.. “
” Mantuy Maulana semua. Kita yang melihat ni berdebar. Tahniah Barakallah Wa Barakala Alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair Maulana luqman dan pasangan.. “
” Bersemut aihh pengantin pon.. Qawiy tak senang dduk dah tu, cpat kawin Qawiy.. Congratulations Luqman, semoga mahligai yang dibina sampai syurga.. “
” MasyaAllah TabarakAllah.. JazakAllah khairan Qawiy senantiasa berkongsi content yg baik lagi bermanfaat buat kami..
” Tahniah kepada pengantin, semoga mendapat keberkatan n kerahmatan perkahwinan n kebahagiaan hingga ke Jannah.. Mantul suara pengantin.. “
Mantul sungguh suara pengantin. Part last masa tanya dapat duit ke tak mencuit hati warganet. Apa-apa pun, terbaik content terjah ngaji yang dibuat oleh Qawiy kerana sangat bermanfaat kepada kita semua. Selamat pengantin baru kepada rakan Qawiy. Semoga perkahwinan kalian akan terus kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

