Artis / Selebriti
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen

Video rakaman diam-diam gelagat YB Saddiq melayani Ara Adreanna bermain basikal di taman raih perhatian warganet. Manja betul Ara dengan papa Saddiq. Sweet cara Ara panggil papa Saddiq tu..
Kehadiran YB Syed Saddiq dalam kehidupan Bella Astillah tidak hanya menggembirakan Bella tetapi juga anak-anak Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Ara juga pernah terlepas cakap dalam satu live bersama Didi Astillah baru-baru ini memanggil YB Saddiq dengan gelaran Papa. Ara juga mengatakan YB Saddiq itu boyfriendnya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Zoomee, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakaman secara diam-diam oleh salah seorang peminat BASS. Kelihatan Bella sedang berada di atas basikalnya, manakala YB Saddiq sedang mundar mandir berjalan.
Ara pula berada di suatu sudut lain dan memanggil YB Saddiq supaya datang kepadanya. YB Saddiq membantu Ara membetulkan basikalnya. Gelagat YB Saddiq melayani Ara itu mengundang senyuman dan dalam masa yang sama sebak di hati warganet. Kasih sayang papa Saddiq untuk Ara memang ikhlas.
Ramai yang memuji cara YB Saddiq yang tidak kekok melayani Ara seperti anak sendiri. Walaupun sibuk dengan kerja hakiki, YB Saddiq tetap meluangkan masa beriadah bersama Bella, Ayden dan Ara. Warganet juga tidak sabar untuk melihat YB Saddiq dan Bella berkahwin, tentu Ara dan Ayden yang paling gembira.
Jom tonton video di bawah :
@zoominzoomout132 Semoga ke jinjang pelamin 💘 #bellaastillah #syedsaddiq #malaysiatiktok #xybca #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp
@zoominzoomout132 So sweeetttt…@syedsaddiq & @bellaastillah_94 😍 #bellaastillah #syedsaddiq #malaysiatiktok #xybca #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sporting lah org2 kat situ biarkan aje BASS dan anak beriadah macam famili lain juga.. hehe paparazi perlu utk bagi vitamin.. “
” Masyaallah, Bella Bahagia Terus Ya. YB Syed Saddiq Tolong Jaga Hargai Sayangi Hormati Bella Ya, Jangan Sakiti Dia. Terima Kasih Banyak² YB Sudah Hadir Dalam Hidup Bella, Ayden & Ara Di Saat² Mereka Lagi Membutuhkan Sosok Lelaki Sepertimu, Bahagia & Gembira Selalu Buat Kamu Berempat Ya.. “
” Baju biru tu ayden kan… hr mggu luang masa dgn anak anak.. Semoga YB SS & Bella dapat Bersatu 1 Hari Nanti & Hidup Berbahagia Disamping Anak2 Comey & di samping family Tersayang yg Merestui.. Aamiin Ya Rabbal Alamin, insyaAllah.. “
” Waahhh ara dating dgn bf dia hr ni.. mummy dan abg ayden pun tumpang sekali tu.. seronok nyer tgok pemandangan mcm ni. semoga berkekalan smpai hujung hayat.. “
” Patut la Ara cakap syed saddiq boyfren dia. tengok la syed saddiq Layan dia macam mana.. terbaik pasangan bahagia Bella dan ybss serasi bersama.. “
” Baiknya papa Saddiq, ladies 1st special treatment by papa Saddiq for ara. ara punya manja dengan papa saddiq dia.. “
” Nampak Ara manja ye dengan YB Saddiq. sweet la diorang ni.. sebak pun ye bila tengok ara ada sosok lelaki yang pelindung macam ni.. sebab tu ara panggil yb papa.. “
Tumpang bahagia warganet melihat keakraban YB Saddiq dan Ara, sosok seorang ayah yang sesuai untuk Ara. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sampai bila-bila dan Ara akan selalu merasa kehangatan kasih sayang papa Saddiq. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Bella dan YB Saddiq.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zoominzoomout132, IG Basscontent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen