Artis / Selebriti
” Part paling sedih, lagi-lagi bila Nana pakai suara original Achik, lagi lah sedih.. ” – Netizen

Video Siti Nordiana Menyanyikan Lagu Memori Berkasih Berduet Dengan Suara Arwah Achik Spin Di Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun Buat Ramai Sebak. Nana Pun Sebak Masa Menyanyi Dan Masa Dengar Suara Achik !!
Baru-baru ini, penyanyi Siti Nordiana telah mengadakan konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur. Pengalaman Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana dalam industri seni suara cukup membuktikan suaranya masih lagi ‘berbisa’ .
Ramai penonton yang hadir kagum dengan persembahan yang dilakukan oleh Nana. Untuk pengetahuan, Nana menyanyikan lagu sebanyak 21 buah lagu semalam selama dua jam konsert berlangsung. Nana memulakan persembahan dengan lagu Amaran untuk membangkitkan mood para peminatnya yang hadir.
Meninjau di akaun Instagram radio Gegar telah dikongsikan video yang memaparkan Nana menyanyikan lagu Memori Berkasih. Umum mengetahui yang lagu ini merupakan lagu duet Nana bersama arwah Achik Spin suatu ketika dahulu.
Menggunakan suara original Achik, suasana konsert tersebut menjadi pilu saat mendengar Nana menyanyi lagu ini bergandingan dengan suara Achik. Sehingga kini, video Nana menyanyi lagu Memori Berkasih menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan para peminat dan rata-rata mereka juga meluahkan rasa rindu kepada arwah Achik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part paling sedih, lagi-lagi bila Nana pakai suara original Achik lagi lah sedih.. Nampak Nana memang rindu sangat dekat Achik.. Al fatihah buat arwah Achik.. “
” Rindunya bila dgr suara arwah achik.. Pasangan duet yg paling serasi.. Al-Fatihah utk arwah Achik. Terus menggamit kenangan dengar lagu ni.. “
” Terasa sedih teringat kenangan kak Nana dengan arwah Achik.. Al-fatihah utk arwah Achik semoga rohnya tenant disana.. Aamiin.. “
” Rindunyaaa dulu2 lagu ne mmg nostalgia sgt.. Menggamit kenangan manis antara arwah Achik dan Nana.. Cukup padu skali..”
” Sebakkkkk lah.. Masa dgr kat konsert tu tgk muka arwah plak dgr suara dia… Berkaca mata.. Tiada siapa boleh mnggantikan tempat Achik spin.. “
” Mesti dia rindu kawan baik dia, hilang kawan baik ni sakit ooo.. Tgk Nana nyanyi pon nmpk dia tahan sedih tu.. “
” Rindunyaaa kepada arwah Achik.. Suara dia tu buatkan kita pun rasa sebak dengar.. Al fatihah buat arwah Achik.. “
Jelas terlihat wajah Nana menggambarkan betapa Nana merindui sahabat baiknya yang juga merupakan rakan perjuangan dalam industri seni. Benarlah apa yang dikatakan oleh warganet, tiada siapa boleh menggantikan tempat Achik. Semua lagu nyanyian Achik bersama Nana menyimpan seribu kenangan dan ianya kekal menjadi yang terindah. Al-Fatihah buat arwah Achik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG gegar.my, sitinordiana,achikspin_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra