Artis / Selebriti
” Part ni aku gelak besar dengar Papa baca komen tu. Alif lam lam ha tak tahannya, haha.. ” – Komen Netizen

Kali pertama live bersama, video Dato’ Aliff Syukri menyakat Bonda Rozita dan suami barunya, Encik Amin buat warganet terhibur. Sempat mengusik Bonda pregnant 4 bulan. Part baca soalan viewers tu memang berdekah gelak. Selamba betul Dato’, redha je muka Encik Amin, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram DanialShopHere dan Achik0310, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live terbaru Dato’ Aliff Syukri semalam. Kali ini, live Dato’ Aliff begitu eksklusif kerana ianya turut disertai oleh Bonda Rozita dan suaminya, Encik Amin.
Sebagaimana yang Encik Amin pernah maklumkan dalam live Bonda Rozita sebelum ini, Dato’ Aliff seorang yang kelakar dan mudah didekati. Kemesraan antara Dato’ Aliff bersama ayah tiri barunya itu bukan dibuat-buat dan Dato’ Aliff menerima kehadiran Encik Amin dengan hati terbuka asalkan bondanya bahagia.
Banyak yang dibualkan oleh mereka dan antaranya Encik Amin bercerita detik permulaan perkenalannya bersama Bonda Rozita. Dato’ Aliff juga sakan menyakat Bonda Rozita sepanjang live ini. Bonda Rozita sendiri tidak dapat menahan ketawanya dengan usikan Dato’ Aliff itu.
Ketawa besar Bonda apabila Dato’ Aliff menyelar yang mengecam bonda berkahwin lain dan mengatakan Bonda sudah mengandung 4 bulan. Datin Shahida pula berseloroh mengatakan bonda sudah melakukan scan baby. Riuh sungguh live kali ini dengan cerita rekaan Dato’ Aliff itu.
Jom tonton video di bawah :
@dnanshop Bergurau pulak #datoaliffsyukri #terlajaklaris #malaysia
@
@dnanshop Macam Mana Kenal ? #datoaliffsyukri #terlajaklaris #malaysia
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” ALhamdulillah nmpk bahagia bonda . senyum je suami bonda..bonda pun nampk bahagia..alhamdulilah.. Semoga kebahgian jonda kekal hgga ke syurga.. “
” Kemain dato’ dengan datin mengusik bonda.. alahai terbahak kita dengar. dato kalau menyakat bukan main lagi eh. nk dapat adik baru eh dato haha.. “
” Dato’ Aliff ni memang penghibur. pandai syukri jaga hati mak dia..dato bt la apa pon redha seorang ibu sentisa bernaung dengan mu.. anak soleh bonda dato ni.. “
” Dato’ muka tk bersalah haha.. tak kerut kening selamber jee hahaha.. dato terima je sapa Pon jodo mak dia… semua dia layan baik… Ank syurga.. “
” Laju betoi mata papa baca haha pakcik kuat lagi tak? haha.. bonda gelak jer. itu belum dato’ aliff kentut tak mengaku lagi.. Harap nnt, anak aku bsor pon boleh buat aku thibur cmni.. “
” Lawak la dato ni.. ikhlas redho sabar, pasti bahagia.. dato’ aliff suka menyakat bonda, comel tengok mak dengan anak ni. menantu pun suka menambah perisa haha.. “
” Part ni aku gelak besar dengar papa baca komen tu, haha.. alif lam lam ha tak tahannya haha.. jangan tipu dosa tau haha.. “
” Penghibur sebenarnya dato’ ni.. Sakit perut ketawa tengok dato Alif live mlm tadi.. tak henti menyakat bonda, dengan kita sekali happy tengok family ni.. “
” Pakcik jgn dduk lama2 dgn papa laris tu… nnti rosak teruk.. pakcik Pon dh kena jual mangga ke.. abis la pakcik aminnnn.. dh kena jadi model mangga kering.. “
Dari awal hingga ke akhir tak habis-habis Dato’ Aliff menyakat Bonda Rozita dan Encik Amin. Dato’ Aliff seorang Anak yang baik dan penghibur hati bondanya. Ceria dan penuh dengan gelak ketawa, semoga kebahagiaan keluarga ini berkekalan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Danialshophere, Tiktok Achik0310
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Rilek je mengata mak mertua dalam live. Habis dia pecahkan rahsia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Nak gelak dosa tak yer. Orang dengar selawat rasa insaf, aku dengar selawat ni rasa berdosa sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cia cia cia, itu rupanya panggilan YB Saddiq untuk Bella tersayang. Terlepas jugak YB ye, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ya ampun, terbahak-bahak aku dengar dorang cakap. Paling tak tahan, guna perkataan ayahanda tu, haha.. ” – Komen Netizen