Artis / Selebriti
” Part Jepun tu perhh, memang suara anime punya background sound. Terus meremang satu badan.. ” – Komen Netizen
Video Amsyar Lee menyanyikan lagu Hannah Delisha, Esok Masih Ada dalam versi Bahasa Jepun di Sing Asia buat juri dan penonton terpukau. Wah memang mendunia lah persembahan Amsyar, meremang dengar..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Amsyar Lee atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahannya di rancangan realiti nyanyian Sing Asia. Menerusi video itu, Amsyar menyanyikan lagu bertajuk Esok Masih Ada, nyanyian asal oleh Hannah Delisha.
Apa yang menariknya, Amsyar menyanyikan lagu tersebut dalam Bahasa Jepun dan persembahan Amsyar tersebut membuatkan para juri dan penonton turut merasa kagum. Penampilan Amsyar yang begitu yakin membawa lagu itu dengan versi Bahasa Jepun di pentas besar juga mendapat pujian daripada warganet.
Ramai yang mengatakan lagu Esok Masih Ada dalam versi Bahasa Jepun nyanyian Amsyar itu sangat merdu dan begitu unik. Di ruangan kapsyen, Amsyar juga mengatakan yang dia pada mulanya tidak terfikir untuk menukar lirik lagu ke Bahasa Jepun.

Luah Amsyar, meskipun tidak berjaya memenangi episod tersebut, Amsyar tetap bersyukur dan mengatakan pengalaman itu sebagai satu pencapaian bermakna buat dirinya. Sehingga kini, perkongsian oleh Amsyar ini telah menerima ribuan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan pelbagai kata-kata pujian terhadap persembahan Amsyar. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part Jepun tu, perhh memang suara anime punya background sound.. Terus meremang satu badan, semoga abang berjayaaa.. “
” All the best kita snggup langgan iqiyi balik tau semata mata nak tngk perfomance amsyar lee.. Berapa kali ulang sebab best dengar dia sebut tu Jepun tu.. “
” Vibes kimetsu no yaiba sangattttt lahhhhhh padu.. Menangis tengok tatau kenapa sebab selalu dengar lagu ni mesti nangis, ni bahasa jepun pulak lagi syahdu.. “
” Power lah bakat dia, memang kagum sangat dengar.. Sumpah meremang dengar.. Semangat Amsyar. Semoga Allah memberikan keajaiban dgn memberikan hasil yg terbaik. proud of you.. “
” (Esok masih Ada) versi jepun mmg vibenya terus jadi lain dohh mmg goosebumps teruks.. Patut lah amsyar lee bawa lagu nie untuk di pertandingkan.. “
” Wlupn tak menang, Amsyar dh menang dhati kami.. Lagu ni betul2 menyentuh hati.. Semangat Amsyar.. Akak doakn Amsyar berjaya dan juara.. Fightinggg.. “
” Kalau di negeri sendiri orang kata dia biasa biasa , di negara orang dia menyala , dia luar biasa , but for me dimana pun amsyar lee berada , amsyar lee tetap luar biasa , menyalaaaa abangku.. “
Untuk pengetahuan, Amsyar merupakan satu-satunya peserta solo lelaki dari Malaysia yang terpilih menyertai rancangan Sing Asia. Paling menarik rancangan ini diadakan di atas kapal persiaran mewah yang berlayar ke beberapa lokasi ikonik Asia.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dan Instagram amsyar_leee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

