Artis / Selebriti
” Papanya pun, siap buat gaya tak tahan tu. Lawak betul Ameng sekarang, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ameng Spring melayan kerenah Oddah ketika live bersama Ammar Haikal buat warganet terhibur. Adoi papa Ameng pun sama-sama masuk air. Hasil Oddah lukis gambar papa Ameng tu serius kelakar, haha..
Semuanya bermula di Talk To My Manager (TTMM) dan kini hubungan Ammar Haikal iaitu anak kepada Ameng Spring sangat akrab dengan Oddah. Tidak hanya Ammar, malah Ameng dan isterinya juga melayan Oddah seperti anak mereka sendiri. Ammar dan Oddah juga sering membuat live di Tiktok bersama-sama.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kidsshop_4, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live terbaru Ammar dan Oddah. Seperti biasa, live 2 sahabat ini penuh dengan gelak ketawa dan gurauan. Lebih meriah apabila Ameng juga turut sama ada dalam live Ammar.
Ketika Ammar sedang berbual bersama Oddah, Ameng muncul di muka pintu dan Oddah memanggil Ameng sebagai Papa. Oddah menunjukkan kepada Ameng yang dia menerima sebuah buku kosong dan ianya digunakan untuk Oddah melukis gambar.

Ketika Oddah memberitahu ingin melukis gambar Ameng, spontan sahaja Ameng membuat beberapa gaya yang menunjukkan bicepnya. Sambil tergelak-gelak, Oddah menunjukkan hasil lukisannya kepada Ameng. Ketawa Ameng melihat lukisan Oddah yang mencuit hati.
Jom tonton video di bawah :
@kidsshop_4 Wow lukisan Odda 😂 #viral #odda #ammar #amengspring #trio
♬ Sneak, suspicious, stupid, thief, sneak in(1108491) – Makotti
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Lawak betul Ameng sekarang haha.. kelakar betul anak anak papa bergurau dengan papa.. “
” Papa pun sporting, melayan je kepala masuk air si Oddah tu. best betul tengok Ameng yang ni.. terbahak ketawa.. “
” Love to see Ammar and Oddah like brother and sister. semoga persahabatan kekal dan sehat2 selalu sekeluarga dilindungi Allah.. “
” Papanya pun haha.. siap buat gaya tak tahannya. Si oddah pulak ingat betul-betul lah lukis sekali, sakit perut aku ketawa haha.. “
” Papa layan je anak-anak papa ni. Ameng Ameng, pak lawak jugak dia rupanya haha.. papa Ameng sporting betul.. “
” Lawak betul lah Oddah lukis Ammar jadi apa pulak lah agaknya.. sweet Ammar hujung hujung puji lukisan Oddah.. “
” Wow lukisan Oddah, bukan biasa biasa eh. tak semua orang boleh lukis macam Oddah. Ameng pun melayan, lucu betul.. “
Terhibur warganet melihat telatah Ameng melayan perangai masuk air Oddah. Oddah betul-betul mengikut arahan papa Ameng supaya melukis orang lidi. Semoga hubungan baik antara Oddah dan Ameng sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah dan berkekalan selama-lamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kidsshop_4
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

