Artis / Selebriti
” Papa doakan apa yang Adik bisik kat telinga Papa masa salam raya Allah makbulkan.. ” – Norman Hakim
Video terbaru Norman Hakim bersama anaknya, Marissa Dania Hakim curi perhatian warganet. Perkongsian Norman buat ramai tersentuh..
Kisah rumahtangga anak kedua Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim kembali menjadi sorotan media dan wargamaya. Ini berikutan sebutan kes lafaz cerai dan rujuk antara Marissa dan suaminya, Aslam yang terjadi di luar mahkamah.
Banyak cerita yang berterbangan di media sosial melibatkan Marissa, Aslam dan madunya. Marissa dikhabarkan bakal mengakhiri perkahwinannya itu dan ianya mendapat pelbagai respon daripada ahli keluarga Marissa dan orang-orang di sekelilingnya juga.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Norman sedang membaca doa bersama Marissa. Sebagai seorang ayah, Norman juga mengharapkan yang terbaik untuk puterinya ini. Sengsara dan derita Marissa, Norman turut merasainya juga.

Kapsyen Norman menjadi perhatian warganet apabila berkongsi mengenai kejadian pada pagi raya antaranya dan Marissa. Tidak disebut secara terperinci apa yang diluahkan oleh Marissa, namun pastinya ia berkaitan dengan diri Marissa yang sedang diuji sekarang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dah nama pun anak tetap mak ayah yg terima segala kebaikan dan keburukan mahupun kesilapan yg pernah dilakukan oleh anak. Mak ayah takkan tinggalkan anak dlm kesusahan.. “
” Saya pasti anak ini silap langkah dan ikut hati muda. Masih blm terlambat utk membetulkan keadaan. Yg penting dgr nasihat mak ayah sudah tentu Marissa akan senang dan tenang di kemudian hari. Insya Allah yg baik2 buat keluarga Norman dan Abby serta anakanda tersayang Marissa.. “
” Marissa harap move on cepat buang perasaan jauh2 awak masih muda,pjg lagi perjalanan,awak beruntung ramai yg sayangkan awak ada dua papa & ada dua mama ..berbakti pada papa & mama dulu.. “
” Ya allah bagilah yg terbaik untk Marissa.. Apa pun terjadi Sebab allah sayang.. Allah nk bagi yg terbaik untk kita. suatu Hari nanti semua yg indah² untk awk marissa… hmm tulah kan apa² pun kita mak ayah kita yang sentiasa Ada untk kita.. “
” Betul dia salah..tapi dia diam ja, dia senyum ja, boleh nmpak dia byk sorg2. Semoga yang baik menanti Marissa di depan.. “
” Ujian utk dia dan keluarganya.. Ujian lisan utk kita juga.. Allah dh tulis semua takdir ni utk dia.. Ade hikmahnya semua yg jadi.. Doalah yg baik2 utk dia.. Semoga doa yg baik itu berbalik juga kpd kita.. Semoga keluarga Norman dan Abby sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah SWT.. “
” Bapa yang baik ialah la bapa yg doa dalam diam. Ignore apa yg tak patut nk tahu. May Allah bless on you.. “
” Sedih sebak tgk ni.. jujur ckp kesian sgt kt marissa ni.semuda ni dh diuji seumpama ni tp percayalaj dik akan ada pelangi yg lebih cantik slps hujan. lps ni pandang terus ke depan. jgn toleh2 ke belakang lg.awak ada support system yg hebat dari org2 sekeliling awak dik. khilaf yg lps2 tu semua ambik jdkn pengajaran utk awk kembali bangkit.. “
Allah pasti sudah merencanakan yang terbaik untuk Marissa dan keluarga. Semoga apa jua yang Marissa luahkan kepada papa nya ini akan dimakbulkan Allah. Papa dan mama hanya mahukan yang terbaik untuk Marissa demi sebuah masa depan yang lebih cerah dan membahagiakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

