Artis / Selebriti
” Pandainya anak pan asian ni, pekat cakap Ganu tu.. ” – Netizen
Video Perbualan Antara Mat Dan Bersama Anak Sulungnya, Zayne Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Lama Tak Dengar Zayne Berceloteh. Makin Fasih Mulut Tu, Cute Je Ada Slang Terengganu !!
Nama Mat Dan antara mat saleh yang dikenali ramai dan popularitinya semakin meluas apabila bertugas sebagai penyampai di radio Molek FM. Selain kerjaya, kehidupan peribadi Mat Dan bersama isteri dan anak-anaknya juga menjadi perhatian ramai.
Pastinya peminat yang mengikuti Mat Dan masih ingat dengan video-video Mat Dan bersama anak sulungnya, Zayne beberapa tahun lalu. Zayne yang mewarisi wajah mat saleh daddynya ini seorang yang banyak mulut dan petah bercakap sama seperti Mat Dan.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Mat Dan, telah dikongsikan video terbaru Mat Dan berbual bersama Zayne. Mereka sekeluarga kini berada di Pulau Kapas dan Zayne seronok menikmati suasana di situ. Percakapan Zayne yang fasih berbahasa Melayu diselang-seli dengan loghat Terengganu menarik perhatian ramai.

Setiap soalan yang ditanya oleh Mat Dan dijawab dengan penuh yakin oleh Zayne. Ger4m warganet mendengar celoteh Zayne itu apatah lagi melihat wajah Zayne yang semakin handsome. Apabila besar nanti tentu kaki travel seperti daddy juga ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Mat Dan ini telah pun meraih hampir 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnya anak mat dan.. muka macam mat dan tapi hidung ibu dia.. Pekat cakap ganu tu.. suka dengar.. ”
” Ada oreo dalang.. masya Allah anak soleh, anak bijak Zayne ni.. Such a big boy now.. handsome Zayne.. ”
” So clever, bagus orang putih cakap bahasa Malaysia ku.. comelnya Zayne berbual dalam bahasa melayu.. Alhamdulillah.. ”
” Comel dan bijaknya zayne … semoga membesar menjadi anak yang soleh. Lama Zayne tak muncul.. ok guys.. ”
” Dah besar budak bertuah seorang ni.. makin besar makin handsome.. Pandai Zayne, petah betul cakap ganu.. ”
” Pandainya anak pan asian ni.. comelnya Zayne, sekejap je dah besar.. Ger4mnya dengan budak bijak ni.. ”
” Such a big cute and smart boy.. cerdik Zayne bercakap, fasih betul bahasa melayu siap slang ganu lagi.. ”

Seronok mendengar Zayne berbual dengan daddynya ini. Walaupun Zayne anak kacukan tetapi banyak menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan sehariannyanya. Sudah lah handsome, semakin besar semakin bijak. Semoga Zayne menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mat Dan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

