Artis / Selebriti
” Pandai Cahaya ambil hati Umi dan Abi.. ” – Komen Netizen
Video Cahaya Malaika memberikan hadiah istimewa sempena ulangtahun perkahwinan kedua ibu bapanya, Mawi dan Ekin raih perhatian ramai. Alahai, cantiknya Cahaya sekarang. Pandai bagi hadiah kesukaan Abi dan Umi. Tak sangka itu yang Mawi buat koleksi sekarang ni..
Pada 20 Disember lalu, pasangan selebriti Ekin dan Mawi telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 17. Meninjau di akaun Instagram milik Mawi, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak pasangan ini membuat kejutan istimewa buat mereka.
Cahaya Malaika, puteri kepada Mawi dan Ekin telah menghadiahkan beberapa barangan kesukaan kedua ibu bapanya. Momen tersebut dirakam ketika Mawi dan Ekin sedang mengemas barangan simpanan mereka sebelum Cahaya datang membawa sebuah beg berisi hadiah.
Satu persatu barangan tersebut dikeluarkan oleh Mawi, dan jelas kelihatan Mawi serta Ekin sangat teruja menerima hadiah daripada Cahaya. Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada Cahaya kerana mengingati tarikh istimewa perkahwinan mereka.

Bukan itu sahaja, Mawi turut sempat bertanya kepada Cahaya mengenai ulang tahun perkahwinan mereka yang keberapa. Pada awalnya, kedengaran Cahaya tersalah menyebut, sebelum Mawi memberitahu bahawa ulangtahun perkahwinan mereka pada tahun ini adalah yang ke 17 .
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandai Cahaya ambil hati umi dan abi.. MasyaAllah tabarakallah. Semoga menjadi anak solehah berjaya dunia Akhirat.. “
” Sweet nya Cahaya, semoga abi & umi cahaya kekal bahagia hingga hujung nyawa.. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 17 tahun Mawi dan Ekin.. “
” Happy anniversary korang Ekin n Mawi.. Semoga bahagia hingga ke Jannah… lnsyaAllah… Aamiin3 Ya Rabbal ‘Aalamiin.. “
” Happy anniversary Mawi dan Ekin.. Till jannah, Semoga Allah memberkati keluarga bahagia ini dan kekal selamanya bersama.. Aamiin.. “
Selain itu, Mawi turut memberitahu kepada Cahaya bahawa selepas tiga tahun berkahwin, barulah mereka dikurniakan Cahaya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet, ramai yang memuji sikap Cahaya yang pandai mengambil hati kedua ibu bapanya.

Apa-apa pun, jelas kelihatan betapa bahagianya keluarga ini. Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah 17 tahun Mawi dan Ekin membina keluarga bahagia mereka. Didoakan semoga perkahwinan pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG cahayaasmawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

