Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandai buat lawak si suami, comel dedua. Ulang-ulang tengok pun tetap tersengih-sengih kita wak, hehe.. ” – Komen Netizen

Video podcast Erra Fazira dan Ezwan Zain selepas sah menjadi suami isteri buat warganet terhibur. Alahai kuat menyakat rupa-rupanya Ezwan ni. Muka macam serius tapi pak lawak sangat. Part last tu sweet dan manja betul Ezwan, hehe..

Pasangan pengantin baru, Erra Fazira dan Ezwan Zain masih menjadi bahan perbualan ramai. Perkahwinan yang gilang gemilang dan penuh dengan element yang sweet daripada Ezwan untuk Erra membuktikan kesungguhan Ezwan menyayangi dan menjadi Erra ratu di hari bahagia mereka,.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Asnkimdes, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast Kasionz yang dirakamkan sejurus sahaja Erra dan Ezwan sah bergelar suami isteri. Kedua-duanya masih memakai busana akad nikah mereka berwarna biru muda.

Antara yang dibicarakan oleh pasangan ini adalah rasa sebak Erra ketika hari akad nikah mereka. Betul kata Engku Aleesya, Erra begitu gementar dan sedih ketika itu. Cara Ezwan menghiburkan Erra dengan jenaka spontannya juga membuatkan warganet yang menonton video ini terhibur.

Melihat telatah Erra dan Ezwan berbual dalam podcast ini disertai senda gurau mereka membuatkan ramai yang turut sama berbunga-bunga. Mungkin sifat Ezwan yang matang, soft spoken dan pandai mengambil hati antara penyebab terbukanya hati Erra untuk menerima Ezwan.

Jom tonton video di bawah :

@asnkimdes

“Eh kita panggil awak apa ? Abang ke adik ?” ~ Erra 😆 “Busuklah !” ~ Ezwan 🤣 Sepanjang tengok podcast eksklusif lepas mereka akad nikah ni, memang tak habis-habis moment lawak pasangan pengantin ni 😂 Erra & Ezwan tergelak, kita yang tengok pun ikut tergelak sama 😆 Cuba kira berapa kali diorang gelak 🤣🤣 Part last tu bukan main ya pengantin lelaki 🤣 Apa salahnya kan… baru kahwin, biasalah nak bermanja dengan isteri 😝💛 Semoga Allah memberkati perkahwinan pasangan ini, dilimpahi kasih sayang, ketenangan, dan kebahagiaan yang berpanjangan, saling menceriakan hari-hari satu sama lain hingga ke syurga. Aamiin 🤍✨ Credit: YouTube @KasiOnz Channel 👉 Boleh tonton full podcast di sana ! #errafazira #ezwanzain #fyp #fypmalaysia #foryou

♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kelakar sangat Ezwan ni. Mr E ni walaupun dia cakap banyak tapi dia juga seorang pendengar yg baik. Sangat tersentuh bila dia bertanya dgn lembut apa yg buat Erra sebak.. “

” Mr E nmpk baik sgt orgnya. moga kduanya berjaya mnjaga ikatan hingga keakhirnya, nampak mereka sgt serasi.. “

” Baiknya Mr Ezwan ni. Erra lawak manja, Ezwan lawak serius … kebijaksanaan dan kematangan Ezwan yg memikat hati Erra Fazira. part last tu lawak betul.. “

” Pak lawak betul lah si Ezwan ni.. Mcm2 hal lah dia buat, Rasa nya ni lah salah satu yg buat Erra selesa dengan Ezwan ni.. “

” Penghibur orangnya, patut Erra happy je non stop tergelak dengan perangai lawak Mr E tu.. suka tengok. saya senyum sendiri.. “

” Mr E ni sweet lah.. tulus, ikhlas dan sabar… Erra… Jujur baik seadanya.. Ayang, comelnya.. weeyyy aku senyum tersengih2 gelak berabis sorang-sorang weeyyyy.. “

” Pandai buat lawak si suami, comel dedua.. ulang ulang tengok pun tetap tersengih-sengih kita wak hehe.. “

Walaupun nampak tegas, rupa-rupanya Ezwan sangat kelakar orangnya. Patut lah Erra happy selalu apabila bersama Ezwan, Ada sahaja jenakanya yang membuatkan Erra ketawa. Semoga perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan sampai ke akhir usia.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Asnkimdes  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak