Artis / Selebriti
” Paling suka betul tengok video backstage ni. Korang ngumpat pakai isyarat mata je eh, haha.. ” – Netizen
Video Reaksi Pemuzik Leman Band Ketika Persembahan Opening All Stars Gegar Vaganza Final Buat Ramai Terhibur. Adoi Jihan, Lari Terus Tempo Ni. Jenuh Penn Dengan Kawan-Kawan Nak Kena Kejar. Bak Kata Penn, Koyak Telinga. Haha !!
Final All Stars Gegar Vaganza telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Berlangsung dengan jayanya di Areana Aviata, baik peserta dan pengacara serta pemuzik memberikan yang terbaik untuk konsert akhir Gegar Vaganza musim ini.
Meninjau akaun Tiktok salah seorang pemuzik Leman Band iaitu PennBassChannel, telah dikongsikan suasana ketika Jihan dan Nabil membuat persembahan opening pada malam itu. Jihan bergandingan bersama pelakon cantik Anna Jobling ketika menyampaikan lagunya.
Penn memberikan kata-kata semangat kepada Jihan kerana Jihan kelihatan agak nervous. Siapa tidak nervous menyanyi di hadapan ramai penonton. Lebih-lebih lagi apabila pelawak yang kena menyanyi, habis semua lari tempo dan nyanyian menjadi sumbang.

Tergelak Penn dan pemuzik Leman Band yang lain kerana tempo Jihan langsung tidak kena dengan muzik. Muzik ke mana, tempo Jihan entah ke mana. Tak selari suara dan muzik pun tidak mengapalah, janji persembahan tetap diteruskan sampai ke akhir lagu.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@pennbasschannel MENGHIBURKAN – OPENING ALL STARS GEGAR VAGANZA #gegarvaganza #pennbasschannel #bandleman #lemanband #nabil #jihan @fahrulmirzad @danialafifguitar @chaan_tiktok @emypakokgitar @ihzwanomar @encikmattao
Sehingga kini perkongsian oleh Penn ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ini yg seronok.. opening jadi lawak haha.. semua rosak time nie.terhibur…dah x de lps nie dgr Jihan Dan Nabil nyanyi ke laut… hehe… ape2 pun semua mantap.. ”
” Nyanyi jeee.. haha walaupun tak bunyi korea.. terbaik. ni bukan depa ikut lagu… lagu kna kejar depa.. ”
” Korang ngumpat pakai isyarat mata je, pening band boleh k0yak telinga haha.. layan bang….. syok jgk bila comedian menyanyi haha.. sy terhibur.. ”
” Paling suke betul tengok video-video backstage ni.. best ar korang, happy-happy ajer.. janji perform.. ”
” Hahahaha… perasan time ni… pastu terfikir macamane la abang-abang musician handle.. abis semua kelaut dalam haha.. ”
” Nasib la musician professional walaupun key tak masuk tetap teruskan janji ada bunyi musik.. Kalau aku jd band pening 3 hari bang haha. team leman power.. ”
” Penn ni senyum je haha.. tak masuk key pun musician gelak je.. Ke laut Atlantic terus nyanyian Jihan haha.. ”
” Memang ke laut Jihan tu haha.. Apa-apaa pon abang-abang band hebat sebab main muzik ikut rentak jihan.. terbaik lah abg2 band.. ”

Selamba sahaja Jihan dan Nabil menyanyi ikut suka hati mereka. Tak apa lah, janji semua terhibur. Lagi pun mereka bukannya penyanyi profesional, budak bidang mereka. Walaupun Penn dan rakan-rakan tergelak, namun tetap teruskan bermain muzik. Apa-apa pun, Jihan, Nabil dan Leman Band memang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok PennBassChannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa



