Artis / Selebriti
” Padu Hazama, boleh tukar-tukar suara, semuanya sedap dan mantap.. ” – Komen Netizen
Video Hazama membuat suara Datuk Ramli Sarip menyanyikan lagu Sonata Musim Salju di konsert Hitam Manis raih perhatian ramai. Berdekah Dato’ Hattan dan Black gelak, haha..
Semalam, tiga figura hebat, Dato’ Hattan, Black Hanifah dan Hazama telah bergabung di konsert Hitam Manis yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC. Tiga penyanyi hebat itu juga turut berpadu suara menerusi beberapa lagu seperti Duit, Rindu Bertandang Lagi, Drama King dan lain-lain lagi.
Meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM, telah dikongsikan video yang memaparkan Hazama telah menyanyikan lagu bertajul Sonata Musim Salju nyanyian asal oleh penyanyi Hazami. Namun apa yang menarik, menerusi segmen itu Hazama telah menyanyi dengan meniru suara penyanyi Datuk Ramli Sarip.
Selepas itu, Dato’ Hattan dan Black turut berduet bersama Hazama menyanyikan lagu tersebut. Meskipun telatqh Hazama dilihat sangat kelakar, suara Hazama sangat merdu dan telah menerima sorakan daripada para penonton yang hadir.

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang memuji vokal Hazama dan kagum dengan nyanyian Hazama. Selain itu, Hazama turut menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Shake, Umi. Lagu itu didedikasi khas buat ibunya yang turut hadir ke konsert tersebut.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
@acikmoveon Konsert Hitam Manis – Hazama, Umi
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Padu Hazama, boleh tukar-tukar suara, semuanya sedap dan mantap.. Hazama ni, suara dia memang lain dari yang lain lah.. “
” Padu Hazama… Sekarang peminat dah tahu menilai bakat dari rupa…..Keep it up Hazama.. Dari dulu sampai sekarang, aku memang minat betul Hazama.. “
” Wehh menjadi betul dia tiru suara Ramli Sarip.. 3 kali tengok, 3 kali aku gelak tau.. Sedap betul suara Hazama, dia ptt menang vokal terbaik.. “
” Lagu yang sangat2 aku suka suatu masa dahulu.. Huhu.. Sedap lah pula suara Hazama menyanyi lagu ni balik.. Terus mengimbau kenangan.. “
” Konsert yang paling best sangat.. Semua lagu best dengar.. Btw bila Dato’ Hattan bergabung dengan Black dan Hazama memang comel sangat tengok.. “
” Tiga2 kelakar.. Tak sangka Dato’ Hattan pun kelakar.. Padu lah suara kau Hazama.. Terbukti, bakat sangat bernilai dariapda rupa paras.. “
” Versatile singer.. Memang the best male vocal so far.. Love suara masing-masing.. Tak hairan lah kalau mereka masih lagi bertahan hingga sekarang dalam industri seni.. “
Menjadi sungguh Hazama meniru suara Ramli Sarip, memang serba boleh Hazama ni. Apa-apa pun, gandingan tiga penyanyi begitu mantap dan hebat di atas satu pentas yang sama. Terbukti, suara mereka boleh memberikan impak yang luar biasa buat para penonton yang hadir.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, TikTok acikmoveon
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

