Artis / Selebriti
” Padehal diorang boleh jer order makan mahal-mahal dari luar. Effort tu bernilai betul.. ” – Komen Netizen

Video suami Datin Atiqah Suhaime, Datuk Lokman Teh menyediakan candle light dinner raih pujian ramai. Wah kalah makanan hotel tau, pandai Datuk Lokman masak, romantik pulak tu..
Meninjau di akaun TikTok milik pelakon, Datin Atikah Suhaime, telah dikongsikan video yang memaparkan suaminya, Datuk Lokman Teh menyediakan candle light dinner untuk Datin Atikah. Menerusi video itu, tulis Atikah, dia tidak mahu candle light dinner di luar kerana tidak sanggup meninggalkan anaknya, Mulan.
Menerusi video itu, kelihatan Datuk Lokman sedang sibuk di dapur memasak menu istimewa untuk Atikah iaitu lamb steaks dan sesekali Atikah turut membantunya. Bahkan bukan itu sahaja, hiasan pada makan juga turut disediakan sendiri oleh Lokman.
Selepas itu, mereka berdua duduk di meja dan adik kepada Lokman iaitu Amir membantu membawa makanan istimewa tersebut kepada pasangan ini. Paling istimewa, ketika mahu makan, Lokman turut membuat kejutan dengan memberikan sejambak bunga kepada Atikah.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji pasangan ini begitu humble kerana meskipun kaya, tetap memilih untuk masak sendiri dan bukannya membuat tempahan makanan mewah dari restoran luar untuk candle light dinner mereka.
Tonton video di bawah ini :
@atikahsuhaimeeee Tika belum ready nak dating berdua tanpa Mulan kat luar so husband buat candlelight dinner . #fyp #mukbang #g2g2in1 #2in1cushionpowder #g2g #candlelightdinner @Glad2Glow.my
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Padahal diorang boleh jer order makan mahal-mahal dari luar. Effort tu bernilai betul.. Suka tengok pasangan ni, semoga kekal bahagia selamanya.. “
” The best candle light dinner ever sis tika.. sis tika, if you don’t mind, can share steak prep recipe,pls.. Nampak sangat menyelerakan.. “
” Candlelight dinner kat rumah lebih tenang nk handle anak2,, Dinner kat luar penat ya bila ada anak2 kecik ni. Bila meragam, terus rasa nak bungkus makan kat rumah.. “
” Sama laa. Saya pun baby dh 3 bulan tak ready lagi nk dating brdua dgn husband. Rasa serba salah tinggal baby while kita berseronok.. “
” Dapat suami baik adalah satu rezeki.. Beruntung Tika.. Semoga rumahtgga tikaa diberkati dan bercinta sampai syurga, amin.. “
” Bekas sos dia sgt rare.. Tak de kt mne2 restoran mhl2 woo. Btw first time prmpuan yg minta another bby.. Kemain trkejut laki Tika. Mga trus bahagia hepy together till jannah Tika an husband.. “
” Diorg yg kaye pn candle light dinner kt uma je. Aku ni yg bese2 je bkn main req mcm2 mkn kt luar.. Masyaallah, the most sempoi couple… So cutelah u dikk & hubbyyy.. May Allah gives u both happinesss till jannah.. “
Di hujung video, sempat lagi Atikah menyakat suaminya dengan meminta ‘another baby‘, terkejut Datuk Lokman melihat isterinya. Mulan baru je lahir dah nak ada baby, mahu tak terkejut Datuk Lokman. Apa-apa pun, semoga rumahtangga pasangan ini akan terus bahagia dan kekal sehingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok atikahsuhaimeeee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen