Artis / Selebriti
” Orang lain pergi kenduri pakai gelang besar gajah. Tokti rileks je gelang-gelang dia.. ” – Netizen
Video Dato’ Siti Nurhaliza Hadir Ke Majlis Perkahwinan Pengasuh Afwa Di Kelantan. Humble Betul Tokti, Simple Je. Part Tokti Bagi Ucapan Khas Tu, Tak Berkelip Mata Semua Tengok Tokti, Hehe !!
Menerusi akaun Tiktok Siti Nurhaliza Fan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang memberikan ucapan khasnya di majlis perkahwinan pengasuh Afwa yang dipanggil Jaa. Difahamkan majlis ini berlangsung di kampung halaman Jaa di Jeli, Kelantan.
Walaupun beratus batu jauhnya perjalanan, DS Siti dan keluarga tetap hadir meraikan pengantin baru merangkap kakak Afwa ini. Kehadiran DS Siti ke majlis ini sememangnya dinanti-nantikan. Siapa sahaja yang tidak mahu bertemu mata dengan penyanyi nombor 1 negara ini.
Dalam ucapannya, DS Siti mengucapkan selamat pengantin baru kepada Jaa dan ribuan terima kasih kerana Jaa menjaga Afwa dengan cukup baik. Sempat DS Siti berseloroh mengatakan badan Afwa yang kus semangat hasil jagaan penuh kasih sayang daripada Jaa.

DS Siti juga turut mendoakan agar Jaa cepat dikurniakan cahayamata. Dalam ucapan, ada pesanan juga yang diselitkan oleh figura ini. Jika lambat beroleh cahayamata, maknanya belum masanya dan nikmati sahaja honeymoon. Bagus ada majikan seperti DS Siti ini, untung Jaa.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@sitinurhalizafan Pengasuh Afwa Selamat Mendirikan Rumahtangga DS Siti Titip Ucapan Khas
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kampung saya ni… kg bukit tok ali… Jeli kelantan.. riuh happy orang kampung tu julung kali tokti masuk kampung… rumah pengantin tu sebelah rumah saya.. ”
” Bertuah nya pengasuh dia dapat majikan macam tok ti sanggup pergi kenduri kat kg jeli.. Baru tau Nama kakak afwa .. kalau kakak afiya dulu glamour betul.. ”
” Siapa jadi pengasuh anak tokti… cepat je dapat jodoh. Siapa lah pengganti pengasuh Afwa lepas ni.. ”
” Cantik g1la dato seri siti nurhaliza ni, baik g1la orangnya. Makcik tu tengok tokto tak lepas ea, kalau saya pun tokti depan mata tu.. ”
” Orang lain pergi kenduri pakai gelang besar-besar gajah. tokti rileks je gelang-gelang dia, so simple.. ”
” Tak berkelip mata masing-masing tengok tokti.. Terbaiklah ada boss macam tokti ni, dia layan betul-betul macam family.. ”
” Untung siapa-siapa yang jadi pengasuh anak-anak tokti.. Betul-betul majikan yang baik tokti ni.. orangnya pun humble, takde berlebihan pemakaiannya.. salute lah tokti.. ”
Ucapan dan doa yang simple tetapi sangat bermakna kata-kata daripada DS Siti. Selamat pengantin baru juga kami ucapkan untuk Jaa dan semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama suami tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Nurhaliza Fan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen



