Connect with us

Artis / Selebriti

” Orang lain buat tak comel tapi yang ni comel sangat-sangat.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq dan Bella Astillah membuat video trend buat peminat teruja. Alahai comelnya Bella, dah macam anak patung bergerak. Kapsyen YB Saddiq pun bukan main lagi eh, ehem ehem.. 

Pasangan sensasi Bella Astillah dan YB Syed Saddiq menjadi kesayangan ramai warganet. Dari awal kolaborasi pasangan ini bersama Primavalet, mereka berdua mula menjadi pasangan kesukaan ramai. Dan sehingga ke saat ini, banyak lagi kolaborasi jenama tersohor yang menggandingkan Bella dan YB Saddiq.

Sekali pun demikian, Primavalet tetap menjadi pilihan Bella dan YB Saddiq dan untuk tahun ini juga pasangan ini masih lagi digandingkan. Menerusi perkongsian di akaun Instagram YB Syed Saddiq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bella dan YB Saddiq.

Dengan kapsyen ringkas tertulis ‘ Eh grumpy munchkin seorang ini ‘, gelagat Bella dan YB Saddiq merakamkan video trend mencuit hati warganet. Bella yang bertubuh kecil molek ini kelihatan seperti anak patung menurut komen warganet. YB Saddiq juga menggelarkan Bella sebagai keychain.

Ramai yang terhibur melihat video trend oleh BASS itu. Komen mereka, ini antara video trend yang paling comel dan seronok ditonton. YB Saddiq pula seorang yang suka menyakat Bella. Sampai merajuk Bella dan menarik muka masam gara-gara usikan YB Saddiq.

Jom tonton video di bawah :

 

Sehingga kini lebih 50 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Orang lain buat tak comel tapi yang ni comel sangat2.. comel Bella. Dah mcm patung Barbie. Jaga Bella baik2 YB.. lindungi Bella dan sayangi lh dia.. “

” Kelakar lah yb Syed saddiq ni buli yayang Bella nya haha.. Buat mcmni Bella comel dah nmpk mcm anak patung. keychain grumpy munchkin yg paling comel in world.. “

” Pre wedding ke kat swiss tuewww, hehe.. Tolong balik Malaysia dgn PRESS COFFERENCE tarikh yang ditetapkan hm.. “

” Comel la yb dgn Bella… so cute mcm ara dengan Ayden la.. vitaminnn lagi guys hahahaha i repeat almost 10x dahh.. “

” Comel betul si Grumpy munchkin ni.. geram pula SY mau cubit bella. keychain paling comel.. Ade x beg kuning nk belilah keychain si comel tu.. “

” MasyaAllh Ya Allah comel nyaaa 2 ketul ni… jarang tak kelakar ehh ironlady dan ironman.. geram betul tengok 2 ketul ni comel.. “

” Masalahnya YB pon dah pndai suruh bella buat trend2 ni. YB pula dah yg melebihi treand kan si Bella ni.. cute.. “

” Aku la.. Geram sguh tgk 2 ketui nie… Cptlah… Bila nk naik pelamin nie.. Aduhai.. yb cakap apa lah tu sampai bella majuk.. haha pujuk yb jangan tak pujuk.. “

Ramai betul yang geram dengan ‘keychain’ kesayangan YB Saddiq ini. Comel sahaja YB Saddiq mengajuk gaya kaki Bella itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton video perkongsian ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syed Saddiq   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak