Artis / Selebriti
” Okey part ‘hey, what’s up guys’ memang sebijik betul, berdekah gelak.. ” – Netizen
Video Parodi Daniel Zaini Sebagai Khairul Aming Dalam Rancangan ‘Gelak 90 Saat’ Buat Penonton Berdekah Ketawa. Lawak Betul Daniel Ni, Bab Tiru Orang Memang Pakar. Siap Buat Mimik Muka, Nama Pun Bukan Main Lagi. Lawak Betul, Haha !!
Pelawak Danial Zaini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya mula menjadi perhatian ketika menyertai pertandingan Lawak Solo terbitan Astro beberapa tahun lalu. Umum mengetahui yang Daniel ‘pakar’ meniru suara orang lain.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Zon Lawak telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Daniel ketika menyertai rancangan ‘Gelak 90 Saat’ . ‘Gelak 90 Saat ‘ merupakan rancangan permainan realiti berbentuk perlawanan liga ‘kalah mat1’ antara kumpulan pelawak yang perlu membuat target atau barisan juri yang dipilih ketawa dengan persembahan spontan mereka.
Menerusi video tersebut, Daniel meniru gaya instafamous terkenal dengan video masakan iaitu Khairul Aming. Pada awalnya Daniel menyebut treadmark Khairul Aming iaitu ‘ Hey, what’s up guys ‘ dan di samping Daniel turut ada bersama adalah pelawak Shashic.

Daniel turut memperkenalkan namanya sebagai ‘Keyo Ameng’ kepada para penonton sambil menahan ketawa. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi Daniel, menarik betul menu masakan tu, hehe.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyatakan rasa terhibur melihat gelagat Daniel meniru gaya Khairul Aming. Antara komen-komen menarik adalah :
” Okey part ‘ hey what’s up guys’ memang sebiji betul, berdekah aku gelak.. Aku ingatkan Khairul Aming, hahahaa.. “
” Daniel kau memang kan.. Kalau tak buat perangai memang tak sah.. Tunggu Khairul Aming tengok video ni, tgk Khairul Aming nak komen apa.. “
” Aduhai pecah perut ketawa tau.. Vibe Khairul Aming ni bukan kaleng-kaleng wooo.. Sampai boleh buat jadi content, hehe menarik sangat.. “
” Semua dia boleh tiru beb, hahahah… Nak oder sambal nyet dekat Keyo Ameng boleh tak, hahahahahaha… Penat aku gelak.. “
” Tak leh blar blah betul lah.. Keyo Ameng ehhhhh.. Khairu Aming is watching, hahahahahah.. Sapa yang gelak mengilaiii tu, mesti Dato’ AC.. “
” Aming tak tengok lagi ni.. Tolong bagitau minta dia buat Dr Azizan Osman, hehehe muka Daniel ada iras muka Dr Azizan.. “
” Ni Khairul Aming ke Chef Wan, hahahahaha.. Part dia sebut menu masakan tu memang lawak habis, panjang bebenor, hahahaha.. “
Sampai mengah Daniel gara-gara menyebut nama menunya yang panjang itu. Memang menjadi betul Daniel meniru gaya Khairul Aming. Ramai yang telah tag Khairul Aming di ruangan komen pada video yang dikongsikan oleh pihak Astro di aplikasi Tiktok.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak, TikTok @astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen




