Artis / Selebriti
” Ok ni gambar mahal, tak ada dekat tempat lain. Comelnya, sebijik macam Afwa.. ” – Komen Netizen

Siti Norsaida Tarudin muatnaik gambar throwback sempena hari lahir Dato’ Seri Siti Nurhaliza raih perhatian ramai. Wah eksklusif ni, tak pernah lagi tengok gambar ni. Comelnya Tokti masa kecil, sebijik macam Afwa..
Hari ini tanggal 11 Januari 2025 genaplah usia penyanyi nombor 1 negara merangkap biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang ke 46 tahun. DS Siti adalah nama yang cukup gah bukan hanya di Malaysia tetapi juga terkenal di negara jiran, Brunei, Indonesia dan Singapura.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram kakak kepada DS Siti iaitu Siti Norsaida Tarudin, telah dikongsikan sekeping gambar throwback Saida bersama DS Siti ketika mereka masih kanak-kanak. Gambar ini menarik perhatian ramai.
Wajah DS Siti pada waktu saling tak tumpah seperti wajah anak lelakinya, Muhammad Afwa. Comel, berkulit putih dan berambut pendek, ramai yang mengatakan seperti melihat Afwa yang berada dalam gambar tersebut. Ibu sayang intan payung Afwa memang comel sejak dari kecil lagi.
Saida turut mencoretkan ucapan khasnya untuk adik tersayang. Kata Saida, semoga DS Siti terus berjaya dunia dan akhirat. Saida juga memberitahu mereka sekeluarga akan selalu ada dan menjadi penyokong kuat DS Siti. Ucapan yang ikhlas dari hati seorang kakak untuk adiknya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ok ni gambar mahal, tak ada dekat tempat lain.. eh eh afwa ke tu hehe.. happy birthday Tokti yang comel.. “
” Comel nya.. macam apuwaa. Happy Birthday Dato Sri Siti Nurhaliza sayanggg.. May Allah SWT Bless you with good health, happiness, hasanah dunia wal akhirah Aminn.. “
” Kelihatan Afwa di situ hahha.. Sebijik macam afwa.. patut lah comel sangat.. comel je dua beradik ni.. “
” Owhhh afwa ikut muka ibu sayang intan payung.. happy birthday my fav person. semoga sentiasa dlm Rahmat& kasih syg Allah swt.. Aamiin.. “
” Eh Afwa ada di situ lah.. afwa anak ibu tu.. copy paste betul.. happy birthday tokti.. comel sangat ni.. “
” Sanah helwah Dato seri siti nurhaliza.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah… muka afwa la tiba-tiba.. “
” Alolooo so comellll tokti.. HAPPY BIRTHDAY TO TOKTI… Semoga sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.. ”
Comel sangat DS Siti ketika zaman kanak-kanaknya dan gambar ini membuktikan Afwa memang mewarisi wajah ibunya. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat DS Siti Nurhaliza dan semoga segala impian DS Siti dimakbulkan Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sitinorsaidatarudin, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Maknya tadi dah panas ayah, Tiara pulak tambah ‘lauk’. Makin panas ayah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya sebenarnya excited. Ini first time saya sampai ke kampung Mira ni tahu tak. Eh, ye ke first time ? ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Best suara Nabila cover lagu ni. Masuk betul, suka-suka. Padu lah Nabila.. ” – Komen Netizen