Artis / Selebriti
” Oiii mana aci, baby dalam perut pun boleh baca yang hitam tu, haha.. ” – Rozita Che Wan
Video Al-Quran Challenge Oleh Fikry Ibrahim Buat Ramai Terhibur. Pandai Sungguh Fikry Gula-Gulakan Semua Orang, Tapi Part Komen Daripada Qawiy Aro Tu Kelakar. Kita Tengok Nanti Jadi Macam Mana, Haha !!
Jika sebelum ini, perkongsian video lakonan Fikry Ibrahim mengisahkan dia ‘Terpaling Duta’ telah membuat ramai tak kering gusi ketawa melihat telatah kelakarnya. Meninjau di akaun Instagram, sekali lagi Fikry memuatnaik video baru untuk tontonan umum.
Menerusi video itu, Fikry membuat Al- Quran Challenge dan berkata yang dia akan membaca ayat yang berwarna hitam, manakala ayat bertanda warna putih perlu dibaca oleh orang ramai. Bacaan ayat Al-Quran yang dibuat challenge oleh Fikry adalah surah Al-Fiil.
Kalau didengar, pada awalnya Fikry hanya membaca bismillahhirrahmanirrahim dan diakhir bacaan dia menyebut sadaqallahul azim. Sekali lagi perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa terhibur dengan lagak Fikry dalam video tersebut.

Seloroh pelakon Rozita Che Wan di ruangan komen mengatakan apa yang dibaca oleh Fikry itu, baby di dalam perut pun mampu membacanya. Selain Che Ta, Qawiy Aro turut memberikan komen untuk Fikry. Sehingga kini, video Al-Quran Challenge oleh Fikry ini menerima hampir 1000 komen sejak dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai para peminat dan juga rakan-rakan selebrti turut meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton video Fikry ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Oiii mana aci, baby dalam perut pun boleh baca yang hitam tu, haha.. ” – Rozita Che Wan
” Ang pala putaaaaq, haha tak balance wei hitam putih.. ” – Fakhrul UNIC
” Bila putih tu bergerak-gerak. Tak gamak pulak tak baca.. Kita pun bacalah ingat adalah part dia.. Rupanya, sampai ke sudah.. dia yang gamak buat kita gamaknya, hahahaha.. “
” Video ni nmpk kelakar.. Tp dlm masa yg sama.. Kita dapat pahala sbb bc ayat Al Quran tu sampai hbs. Tahniah Fikry, hehe.. “
” Dah laa ensem, pandai baca yang hitam plak tu. Mak saya mmg suh cari suami yang pandai baca yang hitam je, putih tak mau hehehe.. “
” Dia macam bila kau sorang ja siapkan group assignment, tapi 1 group dapat markah sama sekali.. Hang memang otak geliga betul Fikry, hahaha.. “
” Senang betul dia cari pahala, hahaha.. Tq fikry.. Walau ada rasa mcm nk pkul tp sbb benda baik so alhamdulillah terima kasih bg sy baca yg putih.. Putih itu sucimurni.. “
” Nak marah, tp dapat pahala join challenge ni, hahaahha kering betul perangai budak ni.. Kalau ada dekat mau kena melekuk kepala ramai2, haha.. “
” Eeeee aku gerrram betuiii kat hat sorang nih.. Rasa nk boh penampaq hahaha.. Tapi takpa… Kali ni dia bagi kita ngaji. Takkpa.. Takpa “
Komen daripada Qawi :

Alamak, Qawiy siap bagi tahu ada video tebuk ngaji daripada Fikry lah, cuma belum post sahaja lagi video tu. Mesti ramai yang tak sabar nak dengar secara langsung bacaan Fikry. Apa-apa pun meskipun video ini dilihat mencuit hati, dalam masa yang sama ianya juga dapat memberikan pahala kepada kita semua apabila membaca surah tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellaibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen



