Connect with us

Artis / Selebriti

” Oh dia ni ke yang lahir dalam kereta tu. Cantik secantik namanya.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Kedua Abby Abadi Dan Norman Hakim, Marissa Dania. Alahai Semakin Cantik Lah Dania Ni, Ayu Dan Sopan Je. Bingkisan Doa Norman Untuk Dania Tu Sebak Baca !!

Setiap kali tiba hari kelahiran ahli keluarga Norman Hakim atau Abby Abadi, pastinya keluarga besar ini akan berkumpul meraikannya bersama-sama. Meninjau akaun Instagram Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey Suhaiza, telah dimuatnaik gambar dan video ketika mereka menyambut ulangtahun kelahiran Marissa Dania Hakim.

Norman mencoretkan ucapan yang panjang pada perkongsiannya kali ini. Mengimbau kembali kenangan 18 tahun lepas, si cantik manis inilah yang dilahirkan oleh Abby di dalam kereta. Kec0h satu Malaysia bercakap tentang peristiwa kelahiran Dania suatu ketika dahulu.

Kata Norman, setiap hari dia mendoakan agar Allah menutup pintu hati anak dar4nya ini ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak menjadi Imam buat Dania dan membimbing Dania ke Jannatul Firdausi. Alahai sweet betul papa Oman ini.

Melihat kemesraan dan keakraban seluruh ahli keluarga ini, warganet turut tumpang gembira. Keluarga ini bahagia dengan cara mereka tersendiri. Dania juga semakin hari semakin cantik, tak ubah seperti wajah Abby ketika muda dahulu. Ayu dan manis sahaja Dania ni membuatkan ramai warganet suka melihatnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” In love tengok this families.. caring too each other even though punya masa lalu. tpi tetap bersatu demi kluarga.. ”

” Cantiknyaaa diaa secantik namanya.. happy family.. Happy birthday anak cantikkk. Seronok ramai yg sayang.. ”

” Happy birthday pon pon.. sebab keluar dalam kete ye.. Manis betul muka dia.. moga sentiasa dlm lindungan Allah dan menjadi anak yg solehah penyejuk hati mama, abah, mami, papa.. ”

” Bestnya doa papa dia.. doa agar Allah tutup pintu hati Marissa utk lelaki2 kecuali yg tulus mencintai dan membimbing ke jalan akhirat.. ”

” Ohhh.. Dia ni ke yang lahir dlam kereta tu haha. Dulu tgk melodi pasal isteri Norman Hakim beranak dlam kereta.. ingat ha sampai sekarang ni.. ”

” Sumpah suka family ni punya positive vibes. bila tgk auto senyum kite pun senyum. mashallah semoga terus bahgia hingga jannah, semoga Allah berkati, rahmati family ni Amin.. ”

” Masyaallah alhamdulillah amazing papaya normanhakim_786 . keep doa utk anak2 tanpa putus asa dan cara papa dia doa sgt amazing. Saya belajar sesuatu.. ”

” Terharunya ucapan Norman tu.. Dh 18 dh dia.. baru je ingat dulu Yang abby ni melahirkan anaknya kat dalam kereta.. ”

Akhir kata daripada kami di Berita Kopak, selamat hari lahir Marissa Dania Hakim dan semoga bertambahnya usia, Dania dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah, berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang membanggakan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim, IG Abby Abadi , IG Memey Suhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT