Artis / Selebriti
” Oddah ni memang sebijik ikut perangai masuk air mama dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Sharifah Shahirah, Oddah meminta Personal Assistant (PA) daripada ibunya buat ramai terhibur. Respon Shiera pun kelakar, kan tak pasal-pasal kena bebel dengan mama. Sama-sama masuk air ibu dan anak ni, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Sinar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah penyampai radio, Sharifah Shahirah bersama anaknya, Oddah. Menerusi video itu, Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera ini sedang membebel terhadap Oddah.
Pada awalnya, Oddah meluahkan rasa tidak puas hati apabila Shiera meminta agar dirinya tidak berjalan berseorangan. Kata Shiera kepada Oddah, dia tidak membenarkan Oddah berjalan seorang kerana sekarang Oddah sudah mempunyai manager.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Shiera itu, Oddah berseloroh dengan berkata di manakah pembantu peribadinya. Terkejut dengan apa yang diminta oleh Oddah, Shiera berkata dirinya sendiri pun tidak mempunyai pembantu peribadi, inikan pula mahu memberikan pembantu peribadi kepada Oddah.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah dua beranak ini dan mengatakan perangai kelakar Oddah saling tidak tumpah seperti Shiera. Sehingga kini, video Shiera bersama Oddah telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Lawak betul dua beranak ni. Odda ni memang sebiji ikut perangai masuk air mama dia, haha.. Aku suka betul la kalaku budak ni.. “
” Wahh Odah.. Dh besar dh.. Dulu teringat lagi, dulu dia anak angkat tokti, time kak Rara dukung odah time baby n announce dlm TV secra live kt Abp. Tak silap.. How time flies.. “
” Tak pelik klu smua org dia teguh.. Tengok la mak dia, haha… Peramah kecoh macam mama dia betul.. Terhibur tengok.. “
” Aku sendiri takde PA. Ko plk tetiba minta PA.. Kak Rara memang kelakar lah, spontan je dia bagi dekat oddah, haha.. “
” Hai lah Oddah, menurun maknyak kelakar.. Like mother like daughter.. Tak pe Oddah nanti boleh jadi pelawak ni, haha.. “
” Muka macam ayahnya, perangai copy paste maknya sebiji, haha. Oddah ni orangnya kelakar dan ceria selalu.. Macam maknya.. “
” Ni baru lah kita kata mana tak tumpahnya kuah kalau tk ke nasi ye dak.. Haha k. rara’s junior detected.. “
Oddah kalau tak cari pasal dengan mamanya memang tak sah. Begitu lah gurau senda anak dan ibu, boleh menceriakan suasana setiap hari. Untuk info, Oddah dan Shiera antara peserta yang menyertai program realiti terbaru iaitu Talk To My Manager yang akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2025.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


