Artis / Selebriti
” Oddah dengan Cess takde hal pun, netizen yang lebih-lebih suka nak mengatur hidup anak orang.. ” – Komen Netizen “
																								
												
												
											Video pertemuan Qadejah Elzahra dan Oddah selepas terpalit isu perli memerli curi perhatian warganet. Mesra dan akrab je mereka sebenarnya. Ini pengakuan jujur Oddah dan Qadejah..
Baru-baru ini tular di platform Tiktok isu melibatkan Hadie Elfardie, Qadejah Elzahra dan Oddah. Ianya bermula apabila lakonan Hadie dan Qadejah meraih pujian dan ramai yang kenen-kenenkan mereka berdua. Situasi mula menjadi kecoh apabila Oddah memerli Hadie ketika live mengenai adegan yang Hadie lakonkan bersama Qadejah.
Yang warganet faham Oddah cemburu Hadie dan Qadejah, namun realiti sebenarnya bukan sebegitu. Hadie memang rapat dengan Oddah dan itu cara mereka bergurau dan mengusik. Semakin panas, apabila Qadejah membuat satu posting mengatakan tidak akan berlakon lagi bersama Hadie kerana ramai yang mengecam dirinya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sugeh Resort, telah dikongsikan pertemuan 4 mata antara Qadejah dan Oddah. Ianya terjadi ketika Qadejah menemani Ammar di Muzikal Lawak Superstar dan kebetulan Oddah juga salah seorang artis jemputan MLS pada minggu itu.

Kemesraan Qadejah dan Oddah menyenangkan hati warganet. Mereka juga berterus terang mengenai situasi yang terjadi dan berharap agar orang ramai memahami. Bagus anak Dato’ Aliff dan Sharifah Shahira ini, muda tetapi masing-masing matang dalam berfikir.
Jom tonton video di bawah :
@sugehresort Alhamdulillah..indah nya sebuah persahabatan
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wow hadie bulih sambung belakun dgn ces bestnya lurve.. Odda dgn cess tkde hal pun nitizen yg lbih2 suka nk mngatur hdup ank org.. “
” Hebat penangan seorang Hadie Elfardie.. Semoga Hadie n the geng terus mewarnai industri seni tanah air.. “
” Diorang ni memang dah kawan tau sblm ni,ada je video sama².. Diorg mmg kawan kan. oddah ni slalu pi umah A.S.. netizen yg tak kenal je x relax.. “
” Kalu mcm tu blhlah Hadie & Cess berlakun & bekerjasama dlm project baru.. muda lagi, cintan cintun lupakan dulu. focus bina kerjaya dulu.. “
” Ok cun, boleh sambung kerja Cess dan Hadie balik.. Odda dan cess matang, betul lah tu buat apa nk gaduh-gaduh sebab seorang lelaki.. dorang kawan-kawan je, tak lebih dari kawan.. “
” Kesian dekat tiga2 Oddah, Cess ngan Hadie. Yg bash Cess walaupun dia kerjasama jer, yg kata Oddah ni kacau line, yg Hadie jadi mangsa keadaan kat tgh. Hopefully jgn lebih2 lah korg kalau nk ship pun. Hadie pun dh ulas haritu. Sian dia jugak.. “
” Btulll watpe nk gaduh psl lelaki not worth.. Muda lagi you guys have a long way to go. Dream big Work hard, play hard, love loads, laugh as much as you can, and give back.. “
Buang yang keruh, ambil yang jernih, Oddah dan Qadejah berkawan baik dan tiada isu mereka bergaduh hanya kerana Hadie. Semoga tiada lagi yang menjadi batu api dan melaga-lagakan 2 sahabat ini. Yang penting, terus mengejar cita-cita masing-masing untuk lebih berjaya dalam hidup.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sugeh Resort
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	
										
																			Artis / Selebriti5 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti1 day ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti5 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti6 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti2 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti2 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
 - 
																	
										
																			Artis / Selebriti2 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen
 

																	
																															
									
																	
									
																	
									
																	
									
																	
									
																	
