Artis / Selebriti
” Nur Kasih terbitan terbaru ni. Sedapnya suara 3 orang ni, memang gifted.. ” – Komen Netizen
Video Hadie, Ammar dan Amad menyampaikan lagu Inteam berjudul Nur Kasih secara busking raih pujian ramai. Wah boleh buat kumpulan nasyid lah lepas ni. Ingatkan suara Hadie je sesuai menyanyi lagu nasyid, suara Ammar dan Amad pun mantap..
Kebiasaannya Hadie yang akan menyanyikan lagu nasyid, namun berbeza apabila semalam ketika reunion Talk To My Manager (TTMM) dibuat, Hadie bersama Ammar dan Amad berpadu suara menyampaikan lagu popular Inteam berjudul Nur Kasih. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Hadie di konsert minggu ke 4 TTMM.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Official Eyqah Abdullah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan 3 orang peserta TTMM musim 1 ini mendendangkan lagu tersebut. Hadie semenangnya sudah serasi suaranya dengan lagu bertema nasyid.
Lontaran suara Hadie yang jelas dan lunak merdu itu sedap didengar dan ada bahagian yang kedengaran seperti suara arwah ayahnya, Suhaimi Saad. Ammar juga tidak kurang hebatnya dan suaranya juga sesuai menyanyikan lagu genre nasyid seperti ini.

Amad juga boleh menyanyi lagu nasyid dengan baik. Walaupun Amad tidak membesar dalam zaman kegemilangan Inteam, namun Amad juga mengetahui tentang lagu Inteam. Tak puas warganet mendengar suara ketiga-tiga sahabat ini kerana rakamannya agak pendek dan bukan full version.
Jom tonton video di bawah :
@official_eyqahabdullah #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #amadzon @ammarlaaa._ @ADI? @⚗️AMAD⚗️ @sitinursairahtarudin_new
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Power lagu inteam. Ikutkan anak2 ni bukan membesar dgn lagu inteam pon.. masyaAllah hadie amad dan ammar, best korang bawak lagu nasyid.. “
” Suara hadie sebijik mcm suara arwah suhaimi saad.. boleh 3 orang bik buat nasyid remaja.. pastu masukkan sallman sekali.. “
” Sedapnya suara 3 orang ni.. hadie dgn ammar mmg suara gifted, semua lagu ngam.. suka lak dengan amad sebab dia tahu lagu inteam.. “
” Nur Kasih terbitan terbaru ni.. boleh jadi kumpulan nasyid baru ni.. mereka bertiga suara bagus.. tapi aura amad memuncak.. “
” Tiga tiga suara bagus.. sallman blh join sama.. selalu2 la rajin nyanyi lagu camni.. tenang dengar.. sentiasa jadi sahabat yang happy begini.. “
” Sedap suara deme 3 orang ni.. dah boleh buat satu lagu nasyid utk diorang.. Smg sihat2 Amad. Sedap suara trio ni.. “
” Bole buat persembahan geng2 grup TTMM… sdp suara bertiga ni.. semoga persahabatan mereka berkekalan.. “
” Merdu suara mu Hadie.. bila hati bersih.. orang baik .. akhlak yang baik Allah sayang.. sedap nya korang nyanyi. lagu ni memang sedap.. “
” MasyaAllah sedap nya suara Hadie,Amad dan Ammar, semoga kurang terus sukses ye.. sayang pd adik2 tiga org niii. Ingat Allah sentiasa ya.. “
Hebat suara ketiga-tiga mereka dan menenangkan hati sesiapa sahaja yang mendengar. Ramai juga yang mengatakan Hadie, Ammar dan Amad boleh menubuhkan satu pasukan nasyid remaja kerana suara mereka memang harmoni apabila bergandingan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ika
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen


