Artis / Selebriti
” Now our little love bug growing inside me .. ” – Wanna Ali
Wanna Ali kongsi berita gembira dirinya sedang hamil anak sulung raih perhatian ramai. Wah dah besar dah baby bump, dah tak lama nak bersalin..
Meninjau ke akaun Instagram Wanna Ali, perkongsian terbarunya telah meraih perhatian ramai. Wanna kini melalui salah satu fasa terindah dalam kehidupannya yang kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama menerusi perkongsian hidupnya bersama Khairil Amri Khalid.
Kehamilannya kini telah memasuki minggu ke-25 menjadi simbol rezeki dan amanah yang tidak ternilai. Setiap hari yang dilalui terasa begitu bermakna, seolah-olah setiap detik telah diatur dengan penuh hikmah oleh Yang Maha Esa. Perubahan besar dalam hidupnya berlaku dengan pantas, namun sarat dengan rasa syukur dan ketenangan.
Wanna turut meluahkan penghargaan buat suami tercinta yang sentiasa menjadi penyokong utama dalam setiap langkahnya. Kehadiran pasangan hidup bukan sahaja melengkapkan dirinya, malah menjadi kekuatan dalam menempuh hari-hari baru sebagai sebuah keluarga kecil yang sedang dibina.

Perkongsian Wanna ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Wanna telah memuatnaik sebuah video dari awal perkenalannya bersama suami sehingga kini dirinya yang semakin sarat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan tahniah buat Wanna dan suami. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yeayyyyyy!! Alhamdulillah tahniah dik!!!! Waaa taksabarnya!! Ada Jr Wanna! Suka gila ngan wanna ali ni… Mesti anak dia comel nanti… Semoga semua yg baik2.. “
” Yeayyyy Wanna Jr is coming ! Congrats korang . Jangan lupa bawak jumpa uncle botak ni nanti okay..Love you babygirl, 3 more months till we all get to meet your lil one .. “
” Awww mashaAllah tabarakAllah. I’m SO happy for you Wanna sayang. semoga dipermudahkan segala urusan & baby membesar dengan sihat.. “
” Tahniah Ika… bermula cerita setia ku berdiri..cari IG pelakon yang baik cantik ni .. jumpa juga AHKIR nya. .. alhamdulillah tahniah adik….jaga diri baik-baik jaga kesihatan kandungan baik baik…Salam syg Dari peminat mu.. “
” Yay! Nanti bawak jumpa Aunty Serah oceyyy Ahhh crying all over again!! Tante cant wait to see you little one . Cantikkkk sgt laaa ikaaaa.. “
” Wishing you a beautiful pregnancy journey.. Your love already means everything to your baby, We’re sooo excited and can’t wait to meet our little cutie soon .. “
” Congratulations my beautiful sister, you’re gonna be a great mom! Can’t wait to spoil your baby.. Ya Allah im so happy for you babe.. Alhamdulillah.. “
Semoga Wanna Ali terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan, serta dilindungi Allah SWT daripada segala kebimbangan dan kesukaran. Didoakan agar proses kelahiran kelak berjalan lancar, bayi yang dikandung lahir dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh atau solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG WannaAli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

