Artis / Selebriti
” Nombor 4 tak hilang dari otak YB, sampai bercicit ni rasanya, haha.. ” – Komen Netizen
Video behind the scene lakonan YB Syed Saddiq dan Bella Astillah untuk promosi Tealive buat warganet terhibur. Amboi YB, pickup line bertalu-talu sekarang, blushing teruk Bella dibuatnya. Part YB sebut nombor 4 tu kelakar. Sempat lagi YB mengungkit eh, haha..
Semakin hari semakin banyak produk yang menggunakan khidmat Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sebagai ‘bahan’ pemasaran mereka. Bermula dengan Primavalet, kini giliran Tealive pula bersama YB Saddiq dan Bella. Pasangan ini telah pun merakamkan beberapa scene untuk promosi Tealive.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Yacilda, telah dikongsikan satu video yang memaparkan di sebalik tabir salah satu babak lakonan Bella dan YB Saddiq. Untuk makluman semua, YB Saddiq baru sahaja menjalani rawatan lasik mata dan memerlukannya untuk bercermin mata gelap untuk masa ini.
Menerusi video ini, Bella kelihatan memberikan cermin mata hitam untuk YB Saddiq pakai bagi melindungi matanya itu. Dengan beberapa kotak air minuman Tealive yang berbeza perisa, Bella bertanyakan kepada YB Saddiq yang mana satukah kegemarannya.

YB Saddiq sempat berseloroh dan memberikan pickup line kepada Bella sehinggakan blushing Bella dibuatnya. Kata YB Saddiq, dia ingatkan dia lah favourite Bella. Warganet juga terhibur mendengar YB Saddiq mengungkit mengenai pilihan nombor 4.
Jom tonton video di bawah :
@icahpaana Behine the scene ( I favourite U)🤭 #bass #syedsaddiq #bellaastillah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cik puan bella, sampai bercucu la nnt YB tu akan ungkit pasal no 4. bertabahlah haha.. sllunya kita yg ppuan suka mengungkit, rupanya YB pn sma haha.. “
” Ingat i your favorite -YB berjaya buat bella blushing lagi.. dengan kita sekali blushing dah kenapa.. hah sudah, aku angau makin teruk.. “
” Nanti kalau gaduh no 4 tu akan auto keluar.. sampai ke cucu tetap wujud.. No 4 tak hilang dari otak YB, sampai bercicit ni rasanya haha.. “
” Hari ini mmg bersepah2 ye kita dapat pick up line dr BASS.. Diorang buat macam dekat situ tak de orang, sangat santai.. “
” Asyik jd no 4 je YB ni kan. Tp sy rase yg no 4 ni bertuah. Suami sy pon jatuh no 4. Yg no 1 – 3 semue tk jd.. “
” Yb tetap ungkit yeee nanti Bella merajuk aaaaaaa mana nk cari haha… bertabah lah dengan topik no 4 tu bella.. lambat lagi YB nak move on.. “
” Banyaknya pickupline YB.. ayat ayat sweet yb bukan main sekarang eh.. halah… halah… halah… YBSS ni… awk tu dah jd no syatu lah…speachless Yang Bella bila ungkit no 4 #BASS 4ever.. “
Adui lah YB Saddiq, belum habis lagi dengan pilihan nombor 4 tu. Untuk yang belum mengetahui, YB Saddiq adalah pilihan keempat untuk bergandingan dengan Bella dalam mempromosikan produk Primavalet sebelum ini. Bak kata YB Saddiq sebelum ini, yang penting bukan awalan tetapi pengakhirannya. Semoga terus murah rezeki YB Saddiq dan Bella dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Yacilda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

