Artis / Selebriti
” Ning memang legend, suara memang sedap. Suara Dato’ Jamal tanpa muzik pun meremang,.. ” – Komen Netizen
Video nyanyian Dato’ Jamal Abdillah dan Ning Baizura setelah muzik dihilangkan raih perhatian ramai. Meremang dengar suara Dato’ Jalal dan Ning. Mantap dan padu, memang legend..
Pada minggu lalu, para peserta rancangan Bintang Gegar Vaganza 11 ditugaskan untuk membuat persembahan duet bersama penyanyi jemputan pada minggu ke 5. Antara penyanyi jemputan yang hadir adalah Haqiem Rusli, Liza Hanim, Azlina Aziz, Amelina, Ezad Lazim, Jaclyn Victor, Dato’ Jamal Abdillah dan lain-lain lagi.
Meninjau di akaun TikTok milik rileksstudio, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan penyanyi Ning Baizura yang merupakan salah seorang perserta Bintang Gegar Vaganza 11 berduet bersama penyanyi jemputan iaitu Dato’ Jamal Abdillah.
Menerusi video itu, Ning dan Dato’ Jamal menyanyikan lagu bertajuk Kehebatan Bercinta iaitu nyanyian asal oleh Dato’ Jamal sendiri. Namun, apa yang menarik adalah nyanyian dua penyanyi setelah dihilangkan muziknya telah meraih perhatian ramai.

Ramai yang mengatakan kagum mendengar suara Ning serta Dato’ Jamal walaupun tanpa muzik kerana tetap merdu nyanyian mereka. Ada juga yang memuji suara dua penyanyi ini begitu unik. Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rilekstudio Ning Baizura ft Jamal Abdillah – Kehebatan Cinta (live) Gegar Vaganza 2024 (minggu 5) tanpa muzik 🥰 syahduuuu #gegarvaganza #gegarvaganza2024 #gv11 #vaganzers #lagutanpamuzik #ningbaizura #jamalabdillah #kehebatancinta
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai pujian diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ulang banyak kali dengar sebab sedap sangat.. Suara Dato’ Jamal tiada muzik pun meremang, muzik yang perlukan suara dia.. “
” Ni baru betul penyanyi spjng zaman.. Terbaik lah Ning dan Dato’ Jamal.. The only One in Malaysia Ning Baizura dan Dato’ Jamal Abdillah.. “
” Artis lama tak dengar breathing mmg padu.. Legend tetap legend.. Tanpa ear monitor, suara kaset… Aura.. The one and only, DJA… “
” Aduh gabungan suara dua orang ni memang terpaling feel.. Dato’ Jamal abdilah ni suara mantain dulu sampai sekarang hebat betul.. “
” Best performance lagu sedap Dan kene jiwa.. Level konsert live gred A.. Tak ada muzik pun masih mantap dan padu.. Meremang dengar.. “
” Sedap weh, serius tak tipu.. Suara Dato’ Jamal dan Ning ni memang lain dari yang lain.. Ada gaya yang tersendiri yang orang lain tak boleh tiru.. “
” Datuk Jamal pakai mic tu jer dah sedap sangat suara.. Tak payah susah2 nk guna mic sendiri.. Ning legend bos suara dia mmg sedap.. Lurve this performance.. Menyala.. “
Patut ramai yang memuji suara Dato’ Jamal dan Ning, hebat suara mereka menyanyi tanpa sebarang muzik. Bak komen warganet, suara Dato’ Jamal tidak memerlukan muzik, namun muzik yang memerlukan suaranya. Begitu juga suara Ning yang dikatakan begitu luar biasa dan lain daripada yang lain.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rilekstudio, mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


