Connect with us

Artis / Selebriti

” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan

Video Erra Fazira dan Ezwan Zain bersembang bersama Datuk Chef Wan dalam podcast KasiOnz buat warganet terhibur. Adui direct terus Chef Wan bagi. Lambat sangat Chef Wan, kan dah melepas, hehe.. 

Podcast KasiOnz yang dihostkan sendiri oleh Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain semakin mendapat tempat di hati penonton. Perbincangan mereka untuk setiap episod bersama tetamu jemputannya memberikan banyak ilmu kepada penonton.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram KasiOnz Channel, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan pasangan sensasi ini bersama tetamu mereka, Datuk Chef Wan. Figura hebat ini akan muncul untuk podcast KasiOnz episod 16 yang akan bersiaran pada malam ini jam 8 malam.

Erra memulakan bicaranya dengan mengalu-alukan kehadiran Datuk Chef Wan. Kata Erra, Datuk Chef Wan adalah tok guru kepada Ezwan. Dengan penuh rendah diri, Ezwan mengatakan dia mereka dirinya terlalu kerdil apabila berada bersama Datuk Chef Wan.

Datuk Chef Wan memang dikenali dengan karakternya yang suka berceloteh dan ayatnya direct to the point. Tanpa berselindung, Datuk Chef Wan bertanyakan kepada Erra mengapa Erra memilih Ezwan menjadi pasangan hidup. Berdekah ketawa mendengar celoteh dan gurauan Datuk Chef Wan itu.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Chef Wan ni muda jer.. tak nyanyok tak tua.. muda jeer.. Harap² aku x lupa nengok ni nanti mesti gelak jer.. “

” Adoii chef wan melepasss ratu cantik, lambat sangat hahaha.. Gurau-gurau orang veteren ni memang sedap je dengar.. “

” Datok Wan lambat cakap tu kena ambik azwan haha.. dato tak masuk minang,ta kan erra pulak,kan dah melepas.. “

” Datuk Chef Wan dah sedia skrip dari rumah dah hahaaa.. tu lah lambat sangat, dah kena sambar ke mr e haha.. melepas datuk eh.. “

” Enjoy tengok semuanya kuat menyakat haha.. Power lah Ezwan, bangga lah tokey kueh dapat ratu cantik.. “

” Rindunya dgr suara celoteh chef wan ni…. mengimbau betul zaman kanak-kanak.. halah halah, comel semua.. Maksudnya apa y chef ckp… Mr E sgt hebat..naik melonjak saham MR E.. “

” Comel je Chef Wan menyakat Erra dengan Mr E ni. tu lah kenapa lambat, last-last erra dapat dekat mr e lah datuk hehe.. “

Ramai yang terhibur mendengar gurauan Datuk Chef Wan terhadap Erra dan Ezwan itu. Mengekek Ezwan ketawa mendengar kata-kata Datuk Chef Wan. Semakin naik saham Ezwan, dapat bekas Ratu Cantik dam bukan calang-calang orang. Apa-apa pun, semoga Erra dan Ezwan berbahagia selalu sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kasionzchannel , Tiktok Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak