Artis / Selebriti
” Ni nak lawan saya rumah ni kan, jealous dengan rumah saya kan ? ” – DS Aliff Syukri
Video Dato’ Aliff Syukri Berkunjung Ke Rumah Baru Ibunya, Bonda Rozita Ibrahim Buat Ramai Terpegun. Wah Besar Betul Rumah Bonda, Kalah Rumah Dato’ Aliff, Hehe. Pemandangan Sekeliling Pun Cantik, Terus Nampak Gunung-Gunung Dan Berkabus Tebal !!
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Aliff Syukri, perkongsian sebuah video yang memaparkan rumah baru milik ibunya iaitu Bonda Rozita Ibrahim telah meraih perhatian ramai. Rumah banglo yang tersergam indah itu terletak di puncak bukit dan masih dalam proses pembinaan.
Menurut Dato’ Aliff, ibunya sememangnya bekerja keras sejak dari dahulu lagi dan ini merupakan hasil titik peluh ibunya. Bonda Rozita sangat suka untuk menghias rumah dan pastinya rumah baru bonda ini akan bertambah cantik apabila sudah siap sepenuhnya.
Dato’ Aliff sempat lagi mengusik ibunya ketika merakamkan video tersebut. Kedua anak-beranak ini sangat suka bergurau walaupun gurauan mereka agak kasar tetapi begitulah kemesraan kedua mereka. Nampaknya rumah bonda lebih menarik daripada rumah Dato’ Aliff, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apa yang paling menarik, rumah ini mempunyai sebuah tingkap yang cukup besar untuk menikmati pemandangan dari atas bukit. Wah, memang port healing sangat.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai komen yang diberikan oleh netizen apabila melihat keindahan rumah bonda Rozita. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cantik nya rumah bonda.. xsunyi ke bonda buat rumah besar² ? brapa org je duduk kt situ bonda ? Cantik nampak view gunung i love nature .. “
” Anak beranak ni kalau gurau² kasar, memang kelakor…. Cantiknya view rumah bonda Subhanallah.. Mcm rumah bonda lagi cantik dr rumah Dato la plk.. “
” Alhamdullilah…. biarlah bonda nikmati hasil titik peluhnya…. keje2 amal pun banyak juga… luv betul ngn bond punya ilham.. “
” Suka tengok Orang2 Kita Kaya Raya,Pemurajh Tak sombong.. Semoga Keluarga Dato’ Dato” Semua sentiasa dalam Rahmat Allah,dan dilimpahkan rezeki yg berkat.. “
” Bonda kaya sbb dia berusaha tanpa jemu. Bonda jatuh berkali2 dia bangun pn berkali. Semoga kita semua dimurahkan rezeki juga insyaallah.. “
” Cntiknya rmh bonda dah mcm kt cokmar freser Hill, sejuk la nt x pyh beraircond dah, puas tgk hasil usaha sndri dpn mata.. “
” Cantik view rumah bonda. dia nk menghabiskn hari tu dekat dgn alam… tenang tanpa hiruk pikuk kesibukan bandar.. View gunung berkabus subhanallah amazing bonda.. “
Memang cantik rekabentuk rumah banglo bonda Rozita. Suasananya seperti berada di luar negara dengan permandangan yang indah dan juga keadaan suasana yang berkabus. Tak sabar untuk melihat house tour rumah ini apabila siap sepenuhnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

