Artis / Selebriti
” Ni lah anak yang dulu paling susah nak lepaskan Daddy dan bagi kebenaran untuk kahwin dengan Mummy.. ” – Watie
Perkongsian Watie Hanifiah sempena hari lahir anak tirinya, Uwais Al Qarni buat ramai tersentuh. Alahai manja betul perbualan WhatsApp Uwais dengan mummy. Sweet sangat Uwais ni..
Hari ini tanggal 4 Disember 2025 genap usia anak sulung pelawak Shuib Sepahtu bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Al Qarni ke 14 tahun. Shuib dan keluarga telah membuat kejutan istimewa bagi meraikan hari lahir anak bujangnya itu.
Tidak ketinggalan, ibu tiri Uwais iaitu Watie Hanifiah turut menitipkan ucapan istimewa. Watie memuatnaik beberapa video dan gambar throwback bersama Uwais dn menitipkan kata-kata khas di ruangan kapsyen. Menurut Watie, Uwais adalah anak yang paling susah melepaskan daddynya untuk berkahwin lagi sebelum ini.
Bukan itu sahaja, Watie juga mengucapkan terima kasih kepada Uwais kerana menjadi anak yang baik, penyayang, serta mengambil berat terhadap dirinya. Ucapan manis ini jelas menunjukkan hubungan erat antara Watie dan Uwais serta saling tidak tumpah seperti ibu kandung.

Selain itu, Watie turut menyifatkan Uwais sebagai seorang anak yang mudah dan tidak cerewet mengenai makanan dan mendoakan semoga impian Uwais untuk menjadi seorang pemain golf yang berjaya satu hari nanti akan tercapai. Perkongsian ini nyata menarik perhatian warganet, ramai yang tersentuh melihat hubungan mesra antara Uwais dan ibu tirinya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Watie ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ala mummy kita crying laaaaa mummy, love u mummy.. Mummy mmg sgt baikkkkk.. 2kali jumpa watie bila peluk watie mmg mekdinda dpt rasa watie sgt sgt baikkkkkk.. Dan penyayang.. “
” Tgk Uwais auto teringat ibu.. Tq Watie jadi ibu gantian utk ank2 ni menumpang kasih syg. Saya Aaminkan doa2 yg baik utk semua ank2 ni. HEPY BIRTHDAY UWAIS.. “
” HAPPY BIRTHDAY UWAIS . Terima Kasih Mummy telah jadi Mummy yg baik tempat Uwais dan adik-adiknya mendapat kasih sayang . Bila tgk Uwais, Auto Akak teringat Arwah Ibu Sarah.. “
” MashaAllah tabarakAllah. Semoga kalian sekluarga bahagia sampai syurga. Semoga sentiasa dalam lindungan dan kasih syg Allah. You are so strong mommy! Wishing you a safe and healthy pregnancy mommy.. “
” Sanah helwah uwais al qarni. Semoga yg baik2 mengiringi hidup uwais serta dalam jagaan Allah selalu. Semoga uwais boleh jd pemimpin yg baik, soleh dapat jaga adik2 dgn baiki serta menjadi kebanggaan ibu, mmy dan ddy.. “
” Uwais kan anak kesayangan arwah ibunya.So secara auto uwais nampak jiwa ibunya dalam diri mommy nye…tu yg manje abiss.. Happy belated day uwais…be pious son to your parent.. “
” 1 ibu tiri dalam sejuta yang sangat baik utk anak2 ibu, btw happy befday wais,moga semua urusan dipermudahkan amennn.. “
Meskipun Watie adalah ibu tiri, namun jelas terlihat betapa sayangnya Watie terhadap anak-anak Shuib. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mereka. Lihat sajalah ucapan manis yang ditulis oleh Watie buat Uwais, penuh dengan doa dan harapan agar Uwais sentiasa menjadi anak yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

