Connect with us

Artis / Selebriti

” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen

Video cara Bunga Elhaq berborak dengan ibu saudaranya, Beatrice Chitra buat ramai terhibur. Wah pandainya Bunga bersembang dengan orang dewasa. Best dengar Bunga speaking, comel sangat..

Bagi yang gemar mengikuti perkembangan menantu kepada pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Beatrice Chitra, pasti terhibur dengan setiap perkongsian videonya di media sosial. Gelagat Beatrice yang bersahaja dan spontan sering kali mencuit hati ramai, malah ramai menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ceria serta pandai berjenaka.

Terbaharu, menerusi akaun Instagram miliknya, Beatrice telah berkongsi satu video yang memaparkan Beatrice sedang berborak santai bersama anak saudaranya, Bunga Elhaq. Video tersebut memaparkan momen santai mereka berdua yang menghiburkan ramai.

Pada awal rakaman, kedengaran Beatrice bertanya kepada Bunga sama ada dia akan datang ke rumahnya untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina nanti. Pertanyaan itu dijawab dengan penuh yakin oleh Bunga dan membuatkan perbualan mereka menjadi semakin rancak dan mencuit hati.

Mereka turut berbual mengenai juadah yang bakal disediakan serta beberapa topik lain. Kepetahan Bunga berbicara jelas mencuri perhatian ramai. Warganet turut memuji Bunga pandai berborak dengan orang dewasa walaupun dirinya masih kecil.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ratara-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. Cute betul lah dua-dua orang ni, hahaha.. Tak sabar nk tggu Bunga besar.. “

” Wow pandai nye bercerita Bunga ke auntie so sweet lah you all.. More episode please, hehehe suka lah tengok.. “

” Masyaallah cerdiknya Bunga, dah macam orang besar-besar dia borak tu.. Dua2 comel sangat tau tengok.. “

” Bunga dan aunty beat dah boleh buka chanel youtube… We want more trice.. Tersengeh2 i dgr bunga sembang. Ha.. “

” Besar dah kk long ni..makin bijak..cantik plk tu.. Comel laa please do more video with bungaa againnnn.. Pleaseee.. “

” Macam tengok anak bongsu dengan cucu bongsu . Comel hahahaha.. Dapat pula ibu saudara suka melayan, cute je tengok.. “

” Bunga tak ingat girl friend dia, Bunga just remember only boy friend name, hahahaha comel n lawak lah Bunga.. “

Perkongsian tersebut sekali lagi menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang terhibur melihat keakraban mereka dan berharap agar Beatrice akan menghasilkan lebih banyak video bersama Bunga kerana telatah mereka berdua dilihat sangat comel dan menghiburkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG beatricechitra, bungaelhaq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak