Artis / Selebriti
” Ni baru betul anak bapak. Cap versi travel pack, copy paste seketul.. ” – Netizen
Caprice Muatnaik Video Baby Photoshoot Anak Lelakinya, Airiel Qashaf Raih Perhatian Ramai. Wah Memang Sama Lah Muka Airiel Dengan Caprice Masa Baby. Kening Berkerut Tu Sebijik Macam Caprice !!
Perkahwinan Caprice Dan Farra Inalis telah pun dikurniakan seorang bayi lelaki bulan bulan Mac yang lalu. Caprice dan Farra sepakat menamakan anak mereka ini dengan nama Airiel Qashaf. Pada perkongsian Caprice ketika majlis aqiqah Airiel sedang berlangsung, ramai yang memuji kecomelan wajah si kecil ini.
Meninjau akaun Instagram Caprice, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sesi photoshoot Airiel sedang dijalankan. Sebagaimana rakan selebriti lain, Caprice turut menggunakan perkhidmatan dari Newborn Heartshortfocus.
Dek kerana ramai yang mengatakan wajah baby Airiel seiras dan sangat sama dengan wajah Caprice, pada paparan video ini turut diletakkan gambar Caprice ketika bayi. Baby Airiel dipakaikan baju coat hitam sama seperti gaya Caprice dan diletakkan duduk di atas sebuah sofa.

Copy and paste, itu yang ramai di kalangan warganet katakan setelah melihat wajah penuh baby Airiel di ruangan komen. Bukan setakat raut wajah, kening yang berkerut pun nampak serupa. Entah apa lah yang Caprice bebelkan pada Airiel dalam video itu. Ulas isu semasa ke Cap, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Caprice ini telah pun mendapat tumpuan daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Carbon copy, sebijik sejibon macam cap masa baby.. Even teh eybrow flex pun copy.. so cute lah baby Airiel.. ”
” Ni bukan copy paste… ni ctrl+c, ctrl+v haha.. masuk setahun baby Airiel boleh rap sebab muka sama sangat tu haha.. ”
” Copy paste Cap, sebijik betul eh. kerut kening tu haha, tergelak macam tengok cap versi travel pack haha.. comel sangat.. ”
” Comel.. copy paste betul dengan daddy dia.. Ni baru betul anak bapak.. copy paste seketoi.. caprice junior.. ”
” Akhirnye cap tunjuk gambar baby.. sangat sangat comel. hehe copy paste muka bapak ni.. jangan kerut sangat baby, geram tengok.. ”
” Eh eh eh, sama eh.. kopi milo betul.. Masa akikah baru ni sebijik muke mami dia hahaha. Rupanya pak dia kecik lagi sebijik adoi.. ”
” MasyaAllah sama… mesti macam tgk cermin kan hehe. Semoga jd anak soleh buat daddy n mommy ye, Aamiin.. ”
Ramai yang bersetuju mengatakan wajah baby Airiel nampak seiras dengan wajah Caprice. Tetapi kebiasaannya, wajah bayi akan berubah dari bulan ke bulan. Apa-apa pun, baby Airiel memang comel. Semoga membesar dengan sihat dan dipermudahkan semua urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Caprice
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bertuah korang dik, dapat jumpa Biduanita, siap kena belanja makan.. ” – Komen Netizen

