Artis / Selebriti
” Nasib ada translator nak. Sawor pun sawor lah Wara.. ” – Netizen
Video Anak MUA Bellaz, Aisywara Nealofa Memberi Ucapan Salam Sahur Buat Ramai Terhibur. Alahai Comel Betul Wara Sebut Sahur Pelat Dengan Mimik Muka Sekali Tu, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram MUA Bellaz, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak bongsu Bella iaitu Nur Aisywara Nealofa telah membuatkan ramai terhibur. Belum berusia 2 tahun, namun Wara sudah banyak celotehnya.
Wara telah membuat ucapan salam sahur kepada semua dan gelagat Wara bersama mimik mukanya ketika bercakap sangatlah comel. Sebutan paling comel Wara ialah sahur yang berbunyi sawor. Sawor pun sawor lah Wara, nasib bukan sayur.
Sekadar info, Wara merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Sejak dari kecil lagi gelagat Wara selalu dikongsikan di media sosial oleh ibunya yang merupakan seorang jurusolek professional. Wara juga sering digayakan dengan pelbagai fesyen.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada sahaja gelagat Wara yang menghiburkan dikongsikan oleh Bella. Siapa tidak geram melihat wajah comel Wara ni kan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram mendengar ucapan Wara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Wara puasa tak tu ? Perut makin kedepan.. Eeee bijaknya kau nihhh.. Teringat dia cakap kat mak dia ‘ mama sudah ‘ Comel aih anak online ni.. “
” Mempersembahkan Waraaaaa saworrrr Eiiiii wara puacaaaa ke ? Napa wara comel angat niiiiii? Eiii ommi gewamm lah!! Eh awat ommi ckp pelat dgn Waraaaaa.. “
” Salam sahur wara.. baiklahh budak omeyy, acikk osa.Wara osa ke teww.. Ok cheq.. cheq tak posa kan sbb nak nenen.. hehe.. “
” Wara x puasa he, tq ingatkan ommi2.. Salam soq wara sygggg.. Wara bangun sahur ke waraaa.. sme ank sy lah ni peneman sahur.. “
” Nasib ad translator nak. Sawor pun sawor lh wara.. comeyynya dak cik wara ni ! puasa ka dak tu .. meh nk gomoi skit blh dak wara.. “
” Eyy geram betul berkepal kepal lengan dia tu gigit kang tahu laaa.. Ya Allah.. comelnya… masyaAllah.. gigit pipi baru tau.. “
” Ish ish ish.. Bdk wara niii… Geyaaammmm.. Salam sahur waraaaa. Wara pun puasa tau, lepas maghrib je boleh ‘isi minyak’.. “
Semakin Wara membesar semakin banyak ragamnya. Apa yang seronok ialah Wara mengikut sahaja apa yang disuruh. Semoga Nur Aisywara Nealofa membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik serta berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen




