Artis / Selebriti
” Nangis lah dengar lagu ni. Menusuk betul Mira nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman menyanyikan lagu Merisik Khabar raih pujian ramai. Wah sedap dan gemersik betul suara Amira. Komen Fattah Amin tu macam sesuatu betul. Ada apa-apa ke tu Kak Long dan Abang Long ni, hehe..
Amira Othman tidak hanya memiliki wajah yang ayu dan cantik tetapi juga mempunyai suara yang lunak dan merdu. Bintang kelahiran program realiti TV, Akademi Fantasia ini semakin disenangi ramai, apatah lagi semenjak menjalin kerjasama bersama duda hangat masa kini, Fattah Amin.
Meninjau entry di akaun Tiktok Amira Othman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira cover lagu nostalgia berjudul Merisik Khabar. Lagu dendangan asal Dato’ Sudirman Haji Arshad ini dibawakan dengan cara nyanyian Amira yang tersendiri dan ianya menarik perhatian warganet.
Lagu lama sangat hebat karyanya kerana kekuatan yang ada pada lirik dan iramanya. Tidak hairan lah sampai sekarang pun lagu lama tidak jemu didengar. Amira memasang impian untuk memiliki lagu yang menusuk jiwa sebegini pada masa akan datang.

Nyanyian Amira itu mendapat pujian daripada semua pendengar. Nyanyian yang santai, namun rasa sedih itu sampai ke hati yang mendengar. Suara Amira kedengaran sesuai dengan lagu berentak perlahan seperti ini. boleh terbuai-buai perasaan mendengar suaranya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@amiraothmanofficial Harini Kaklong belanja lagu lama. Hehe. Hebat kan lagu lagu lama. Mahal karya mereka🥹 Doakan kaklong dapat lagu yang menusuk jiwa mcm ni satu hari nanti please🫶 Wearing bawal from @Varisha.Daily #merisikkhabar #sudirman
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 45 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah, orang yang dirindu, khabar baik-baik je.. lagu ni mcm menggambar kan hati kak long je.. “
” Ni lagi art berat kaklongggg.. Semoga yang baik baik sahaja untuk NADIA AMIRA. Tahun 2025 tahun kaklong.. “
” Nak request nyanyi lagu surat akhir jgk boleh? selain mv tak jumpe version live lain. sedap dooh.. “
” Nangis lah dengar lagu ni.. menusuk betul mira nyanyi. moga ada lagu2 sedih buat mira kuar tahun ni dan meletoppp. sedap sangat suara, subhanAllah.. “
” Tak perlu suara tinggi untuk jadikan lagu tu sedap didengar, tahniah Amira. sedap lah suara dia….kenapa Sy tak berapa tahu Amira Othman sebelum ni.. “
” MasyaAllah sedap sungguh suara Amira ni betul LA kak pun tak Tau sebelum ni Amira Othman Semoga Allah permudahkan semua urusan Amira Dunia akhirat.. “
” Pakcik terkejut dan terpesona, tak sangka Amira boleh menyanyi sebaik ini, pekej seorang penyanyi cukup sempurna, sehingga tak dapat nak komen, semua ok.. “
Komen Fattah juga meraih perhatian ramai. Wah apa agaknya yang difahami oleh Fattah dengan nyanyian oleh Amira itu.

Menusuk ke hati sungguh mendengar suara Amira menyanyikan lagu genre sedih sebegini. Mana tahu suatu hari nanti Amira akan dapat juga merakamkan lagu seperti ini. Apa-apa pun, semoga Amira success selalu dalam karier seninya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen


