Artis / Selebriti
” Nangis aku tengok video ni. Kesian dekat Matin.. ” – Komen Netizen

Video reaksi anak Shuib Sepahtu, Ariq Matin ketika menonton video tular seorang lelaki mengutuk Shuib dan Watie buat warganet tersentuh. Muram wajah Matin, entah apa lah yang anak ini fikirkan..
Tular beberapa hari sebelum ini video seorang lelaki secara terbuka mengutuk dan mengecam Shuib Sepahtu. Tidak hanya nama Shuib yang disebut, tetapi nama Watie Hanifiah juga ‘dipetik’ sama. Watie dikatakan sebab Shuib berubah dan menyuruh Shuib mencari isteri lain.
Meninjau entry di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin dan Tiktok Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak ketiga Shuib, Ariq Matin menonton video tular itu. Sedikit sebanyak ayat yang diucapkan oleh lelaki tersebut terhadap Shuib dan Watie melukakan hati Matin sebagai anak.
Wajah Matin berubah dan reaksi wajahnya itu menggambarkan kesedihan yang Matin rasai. Mulut orang memang tidak boleh ditutup dan boleh berkata apa sahaja, namun mungkin dalam keghairahan untuk menegur sehinggakan terlupa Shuib ada anak-anak yang sudah besar.
Reaksi Matin itu menyentuh hati warganet dan ramai yang berdoakan agar Matin kuat dengan apa yang berlaku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Boleh terganggu jiwa dan emosi Matin gara-gara video ini. Kedengaran suara di belakang Matin meminta Matin supaya tidak melayan video-video seperti itu dan jangan ambil peduli.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allah. Takpe matin, Allah dah siapkan ganjaran untuk daddy & matin semua.. yang penting matin selalu doakan daddy okay.. “
” Anak2 dah besar dia boleh scroll tgk org kecam org tua dia.hati anak mn yg xsedih bila mak bapak kena kutuk/hina.. “
” Kesian pulak tengok Matin. Abaikan nak apa org kta di luar sna ttng ayah mu dan ibu mu… mnusia dah lumrah tak ble tgok org senana… moga matin slalu kuat untuk ini.. “
” Nangis aku, kesian tengok Matin. Tentu macam-macam bermain dalam minda anak ni pikirkan apa yang orang kutuk daddy dan mummy dia.. “
” Be strong mateen.. Abaikan ja org yg xdk akhlak mcm tu.. Moga seluruh fmly mateen sll ddlm lindungan Dan rahmat kasih sayang Allah swt.. Aamiinn.. “
” Tanpa sedar keluar air mata saya tengok video ni. Kesian anak-anak yang tak tahu apa-apa. Jaga lah mulut sampai menguris hati, tak betul macam ni.. “
” Anak-anak ni hati dia lagi cepat tersentuh dan kecewa. kesian kat anak shuib tengok bende mcm ni.. “
Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran Matin ketika menonton video itu. Berat untuk seorang anak yang masih belum memahami namun terpaksa mengadap mulut orang yang tidak henti mencari kesalahan demi kepuasan diri sendiri. Semoga Matin teguh hatinya dan kuat selalu melawan segala kecaman yang mendatang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin, Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq