Artis / Selebriti
” Nampak benar muka tak puas hati dia, siap silang tangan.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Bongsu Datuk Dr. Sheik Muzaphar Shukor Dan Datin Dr. Halina, Sheikh Muhammad Apabila Dikacau Oleh Abang Dan Kakaknya Ketika Hendak Tidur Raih Perhatian Ramai. Amboi Nampak Sangat Muka Marah Dia, Comel Sangat !!
Meninjau ke akaun Instagram Datin Dr. Halina, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak bongsunya iaitu Sheikh Muhammad yang diganggu oleh abang dan kakaknya ketika hendak tidur telah meraih perhatian ramai.
Ini kerana wajah Muhammad yang ditunjukkan seperti tidak puas hati dan marah apabila diganggu telah membuatkan ramai terhibur. Pada ketika itu Muhammad seperti sedang tidur tetapi abang serta kakaknya datang mengusiknya.
Muhammad dengan wajah masam dan tangannya bersilang seolah-olah marah kerana tidak dapat tidur. Amboi, siap berkerut lagi dahi Muhammad tu. Comel sangat gelagat Muhammad ni, nasiblah apabila menjadi anak bongsu yang masih kecil, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Muhammad merupakan anak ketujuh dan mempunyai tiga orang kakak dan tiga orang abang. Tunggulah Muhammad besar, dia pula mengganggu abang dan kakaknya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang ger4m melhat gelagat comel Muhammad. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Comel je dia peluk tubuh mcm tu.. dlm hati kata org nak tido sekejap pun tak boleh.. noah junior btl.. apa reaction noah kalau kata baby ikut muka dia doc halina.. try tanya.. “
” Omg.. mcm tak puas hati jerrr.. Berkerut je muķa Muhammad diusik n digomol d siblings.. Bella jer tak pernah kena kacau macam ni.. “
” Siap silang tangan muka tak puas ati tu. Bertabahlah ye Muhammad.. Tunggu abanh n kakak. Saya besar sikit, saya kacau pulak abang n kakak .. “
” Wahhh.. nampak bebenar muka tak puas hati dia .. Marah abang2 kacau ke tu? Hehe.. nak tidur pun tk senang.. kesian adik.. “
” Comel jer muka tak puas hati tu.. Marah adik, org nak tido lah .. Dlm hati dia, “tunggu la sy besar sikit nanti siap laa korang” .. “
” Alahai ramainya layan.. dalam hati mesti cakap “nak me time pun susah “.. Hahaha.. ekspresi muka tu jadi betul.. Habis kena gomol.. “
” Semoga terus membesar sebagai anak yang sabar Muhammad.. Comelnya air muka Muhammad, garang tu .. dah last ka doktor.. “
Apabila abang dan kakak sudah besar, pastinya ramai yang rajin hendak mengasuh si adik kan. Sambil mengasuh, sambil mengacau si adik. Semoga Sheikh Muhammad membesar menjadi anak yang baik, taat kepada ibu bapa dan soleh. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr. halina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan

