Connect with us

Artis / Selebriti

” Nak terkencing aku ketawa. Rina so cute lah, mulut tu bijak sangat.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Maryam You Narae dan anaknya, Nik You Rina membuat review produk kecantikan buat ramai terhibue. Boleh pula Rina mengaku jadi Maryam. Last tu sempat Rina perli Omma, nasib Omma tak bertukar jadi singa tau Rina. Haha.. 

Nik You Rina atau mesra dengan sapaan Rina merupakan anak sulung kepada pasangan Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim. Kecomelan wajah Rina dan keletah Rina yang penuh dengan drama membuatkan ramai di kalangan warganet sentiasa ternanti-nantikan video Rina.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Duriankimchi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam bersama Rina membuat satu review produk kecantikan. Wajah Maryam dan Rina disolek seakan corak badan harimau dan mereka menunjukkan kegunaan salah satu produk tersebut.

Rina sangat petah dan tidak kekok di hadapan kamera. Pada awal video, Rina mengenalkan dirinya sebagai Maryam. Kata Rina, ramai warganet yang memanggilnya sebagai Maryam dan kerana itu, dia mengaku dirinya adalah Maryam. Ommanya pula tidak dibenarkan menggunakan nama Maryam. malah disuruh menggunakan nama Korea.

Kepetahan Rina bercakap membuatkan ramai yang geram melihatnya. Boleh naik angin Omma dengan gelagat Rina. Mulut Rina pun boleh tahan juga ‘pedas’nya. Jika sebelum ini Omma selalu menyakat dan ‘bergaduh’ dengan Appa, sekarang Rina boleh menggantikan tempat Appa.

Jom tonton video di bawah :

@uyounik

Kalau takut muka mcm ni, padam dgn g2g tau 🥰😂

♬ original sound – Duriankimchi – Duriankimchi

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 54 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bijaknya maryam kuasa 2 ni haha.. kenapa comel sangat maryam ni, petah sangat cakap ni haha.. lawak macam tu je dia perli omma dia, patut lah orang tak kenal haha.. “

” Rina pun dia, Maryam pun dia haha.. Perangai mak dengan anak mmg sama. Agaknya dia mewarisi perangai mak dia hahahaha.. “

” Guna la nama Korea Omma ni, adoi haha.. heart oteck tu nak terkencing aku ketawa.. rina so cute lah.. mulut tu bijak sangat.. “

” Hahaha pandai bila xde makeup kn muka kita da pucat da lain org xkenal.. comel Rina, geram dengan Rina.. sama lawak anak dan mak.. “

” Dia guna nama mak dia boleh pulak.. turn mak, kena guna nama korea haha.. pandai sangat Rina ni.. rina dah jadi kawan gaduh dah dgn maryam.. “

” Sebut heart attack pon bunyi korea.. Comel sangat la 2 beranak ni.. comel dan kelakar.. antara ank yg fasih BM dgn lancar walaupun dia mix dan fluent Korean, English dan BM.. “

” Comel la rina pandai pulak tu belakon good girls. Heart otek haha, tergelak dengar ni Rina oiii.. geram lah dengan Rina ni.. dia lah Rina, dia lah juga Maryam.. “

Semakin besar semakin petah Rina bercakap, bukan setakat menjadi geng review Omma tetapi boleh menjadi kawan gaduh Omma juga sekarang. Semoga Rina membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah untuk Omma dan Appa dan terus menceriakan warganet dengan telatah comelnya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Duriankimchi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
SHEGLAM Blush

Trending

Copyright © Berita Kopak